Ogos Bakal Tiba

Assalamualaikum :)



Nampaknya kita berada di penghujng bulan Julai, dan berbaki 8 hari lagi untuk berpuasa. Jadi hari ini nak berleter lah tentang bulan Julai 2013 ini. Secara ringkas, dengan 5 patah perkataan, Zue rasa bulan Julai ni "Menguji kesabaran dan emosi Dzureen".

Secara keseluruhan Zue rasa bulan Ogos ni banyak menguji emosi Zue. Mula-mula masa nak exam hari tu, tengah sibuk nak prepare untuk exam, tiba-tiba boleh jatuh sakit pula. Dari migraine, ke sakit gigi, ke demam dan macam-macam lagi lah. Terpaksa slow down process mengulangkaji.

Pada hari terakhir peperiksaan, bersamaan dengan hari pertama puasa, dapat pula berita yang Zue sebenarnya ada hutang dengan pihak universiti sebanyak RM16k. Kalau 16 hengget dah boleh bayar dah, ini 16 ribu. Mana lah nak cekau? Tp be accurate, RM 16 148. Amek kau. Oke pasal benda ini nanti Zue story mori balik nanti.

Lepas tu, boleh pula pengsan kan kat rumah kebajikan orang tua pulak tu. Tak pasal2 orang2 tua yang dah x sihat tu pulak yang amek berat pasal Zue. Dan tak pasal-pasal pulak tak puasa hari tu. Pasal apa? Lepas pengsan tu rasa pening sangat dan loya. Fuh sakit satu badan toksah cakap lah.

Dugaan, dugaan, lagi 2 minggu nak raya, kena balik ke Miri pula untuk menguruskan pelbagai urusan. Dari urusan penajaan, urusan pendaftaran, dan macam-macam lagi. Duduk lah pula dalam rumah yang takde orang. Mujur ada senior kutip saye ni bawak balik rumah dia. kakaka

Time kerja pula dapat free meal hari2, tiga kali sehari. Memang lah best tapi masalahnya ni bulan puasa. Hahaha diorang bungkuskan makanan tu, letak kat meja tempat Zue kerja. Aduh terjeling2 I uolls. Terus tak khusyuk menjalankan tanggungjawab. Haha

Apa-apa pun, semua benda ni pasti akan mematangkan Zue satu harinanti, in shaa Allah. Ok lah nanti sambung story lagi. Ni tengah curi tulang time kerja ni. Haha bukan apa, bosan, xde input baru yang masuk so xde apa yang nak diupdate. Daa

6 Komen:

Jiha berkata...

alah bisa tegal biasa..one day tuh semua akan jadi pengalaman manis buat zue..

Bee Filzah berkata...

weyh asal banyak sangat sampai 16k? o,O

Dzureen Darwis berkata...

Betul tu, sekarang pun dah ada rasa manis2 sikit

Dzureen Darwis berkata...

Itu total fees dan sewa rumah untuk setahun

syaafi sushi berkata...

sabar ye awak.. insyaAllah semoga awak d permudahkan .. amin =)

Dzureen Darwis berkata...

TQVM :) InshaaAllah

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*