Pomodoro #3 Aplikasi di Telefon Pintar

Pomodoro Timer Pro
Gambar dipinjam dari laman sesawang Google Play


Ini lah aplikasi yang Zue guna di phone untuk belajar. Menggunakan teknik Pomodoro yang baru je Zue jumpa dua tiga hari yang lepas. Memandangkan Zue sedikit outdated orang nya. Personally Zue bagi 4 bintang. Sebab tak real. Kalau nak real, sila pergi ke kedai berdekatan dan cari timer buah tomato tu ye.

Bila Zue belajar, Zue guna aplikasi ini untuk set timer. Ada dua versi, yang percuma dan yang berbayar. Secara jujur, Zue rasa yang percuma lebih praktikal dan simple. Zue download dua2, yang berbayar tu Zue download dari Blackmarket (hehe). Tapi Zue guna yang percuma tu.

Setiap 25 minit, mesti loceng dia berbunyi. Setiap kali masuk waktu rehat, housemate Zue akan approach Zua. Katanya, "Tadi aku dengar bunyi loceng tu, sekarang aku boleh kacau kau kan?" Setia dan baik hati betul housemate Zue nak kacau pun minta izin.

Tapi kadang2 rasa tak real lah. Macam nak beli juga tomato tu yang real. Ada jumpa hari tu harga nya tak sampai RM10 pun. Yang cikai2 je lah kan? Bukan nak pakai hari2. Kadang2 je. Bila bosan guna yang dekat phone ni. Hehe

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*