After School Project

Assalamualaikum :)

Hari ini nak share cerita pasal pertemuan Zue dengan adik-adik di Rumah Kebajikan Hamidah, Miri Sarawak. 3 ogos yang lalu Zue jumpa mereka buat kali ketiga. Secara amnya projek ini dikendalikan oleh Interhill Employee Club. Terdapat 4 cara untuk menjadi sukarelawan untuk projek ini. Couple, Tutoring, Group dan One-to-one.

Couple tu maksudnya sepasang suami isteri boleh join projek ini bersama-sama untuk mengajar anak-anak di rumah kebajikan ini. Tutor pula biasanya dilakukan oleh orang yang berpengalaman seperti cikgu. Group memerlukan seorang mentor mengajar lebih daripada seorang mentee dan one-to-one pula lebih memfokuskan kepada seorang sahaja.

Zue join yang ketiga, iaitu group. Sebenarnya Zue lebih suka one-to-one tapi kesian pula pada yang lain. Kalau boleh nak tolong semua. Semalam Zue mengajar di perpustakaan mereka. Perpustakaan mereka sangat cantik. Shell yang susun atur perpustakaan ni dulu.

masih ada rak kosong, menanti buku diderma

ruang baca cukup selesa

bantal besar gedabak pun  ada

Televisyen

Alat tulis disediakan

Lepas tu, singgah Zohor di situ juga. Budak2 ni baik sangat. Mereka berikan telekung kepada Zue untuk digunakan. Selepas solat, ada seorang budak lelaki, dalam lingkungan 6-8 tahun ternampak Zue, dan dia tegur Zue dengan bertanya, "Akak, akak sudah sembahyang?" Tersentuh hati tengok budak ni. Mula-mula dia salah orang, dia fikir Zue kakak betul dia. Kesian :(


pathway to Jannah, ke surau

Surau

Kucing yatim agaknya

Anyhow, satu lagi senarai 101 perkara yang nak disempurnakan dalam masa 1001 telahpun tercapai iaitu

**yayyy tepuk tangan**

6 Komen:

aizamia3 berkata...

mereka rasa dihargai dengan kehadiran kita.. ;)

Kesuma Angsana berkata...

bagusnyer..

Tinta Lana berkata...

Salam.

Bila kerumah2 macamni, kita akan sedar, kita jauh lebih beruntung kan zue.. :) Bersyukurlah..setiap org ada perjalanan dan bahagian hidup masing2..

Dzureen Darwis berkata...

Alhamdulillah :)

Dzureen Darwis berkata...

Kadang kala tuhan yang buka pintu hati kita untuk pergi

Dzureen Darwis berkata...

Waalaikumsalam. Betul tu Lana :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*