Bila Dah Pegang Gitar

Assalamualaikum :)


Pada cuti semester yang lalu Zue telah pun mempelajari beberapa buah lagu dengan menggunakan gitar. Tidak lah sehebat Sung Ha Jung tapi cukup lah buat mengimbangkan penggunaan otak kiri dan kanan ni ha. Selaras dengan salah satu matlamat ala-ala Wawasan 2020 Zue, iaitu mempelajari kod gitar satu lagu, Zue telah pun selamat mempelajari secara basic sahaja.

Bukan 1 lagu, bukan 2 lagu, eh dah macam, xde pape lah hehe. Masa cuti semester hari tu dah berjaya belajar lagu baru iaitu lagu Hotel California by Eagles dan Gadis Bertudung Putih by May. Kasi up sikit. Dalam matlamat tu tulis satu lagu je kan kita up sikit dua lagu. Dan ditambahkan lagi dengan ilmu baru dalam tuning gitar.


Maaf, saya tak ada DSLR macam awak. Gambar biasa-biasa je. Hehe. Ni gigih salin kod nak hafal. Sekali bila buka beg gitar, terjumpa kod yang sebiji macam ni, rupa-rupanya Abah pun tengah practice lagu yang sama. Alalala sweet kan.

Tak lama lagi dah boleh jadi retis youtube lah nampaknya. Kalau nak moden sikit, kita jadi retis KEEK pulak lah ek. hehe berangan je lah. Mak Abah memang NO NO NO Zue jadi retis atau ahli politik. Ape-ape pun, 2 dah selesai, tinggal lagi 99. Yayyyyy or nayyyyyy?

10 Komen:

najihah sahami berkata...

waa..nka jadi retis dah? haha. nak sainnnn siap2. keh keh keh. practise make perfect. jangan give up okey. nnti dh glemer jgn lupa ai. :P

tenku butang berkata...

waa.. dah pandai main berbrapa lagu dah? try lea upload kat Utube, leh teman nengok.. teman sukaaa

Bee Filzah berkata...

perghh. nak lawan aku nampak ~ :p

Dzureen Darwis berkata...

Bee, I tak lawan you lah, I cuma main gitu2 je, tak buat lagu sendiri pun. Sekadar merawat hati yang berduka dan bosan kadang2.

Dzureen Darwis berkata...

Hehe tak reti lah kak nak upload2 ni. Update blog pun malas haha. Datang lah show malam2. *Konon2 ada org ajak buat show*

Dzureen Darwis berkata...

Xnak lah jadi retis. Kih kih kih. :p

aizamia3 berkata...

sikit2 lama2 pandailah tu.. ;)
teruskan usaha.

pha is berkata...

waa.. pandai main gitar.. pha is dari dulu lagi memang teringin nk belajar main. tapi baru belajar 1 chord, dah tak tahan sakit jari. last2 give up mcm tu je.. hehehehe

Dzureen Darwis berkata...

Hehe in shaa Allah :)

Dzureen Darwis berkata...

Zureen x boleh give up. Abah rock , mak rock, anak mesti rock. Kih kih kih

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*