Blog Paksaan

Assalamualaikum :) 

Hehe sila jangan gelak ye semua. Pagi ni Dzureen bangun, lepas mandi terus buat assignment. Assignment yang Dzureen buat ni macam quiz online. Jadi untuk minggu ini, praktikalnya kena buka satu google account. Dan yang paling haru tu kena buka blog.




Rasa malas nak buka, sebab kalau buka rasanya yang kesepuluh kali kot buka blog. Haha tapi buka lah juga. Blog super skema dan formal. Ni semua pasal nak dapatkan markah untuk assignment. Huu haru biru tunggang langgang bahasa.

Agaknya lecturer yang dok tanda assignment ni mesti pening baca. Maklumlah english rojaj hancur kan. Yang menanda tu lecturer dari Perth Campus pula tu. Adoi. Buat malu Miri Campus je kan. Kih kih kih. Maaf lah ye.

Sila jangan gelakkan blog ini - bis100zureen. Benda ni memang tatapan umum tapi khasnya untuk si penanda assignment saya itu. Haha. Tak payah follow le blog itu, selepas Dzureen habis nye sem ni nak terus tutup blog tu. Kejam kejam kejam. Kalau follow buang masa je sebab takkan update. Haha saje je nak cerita pasal blog paksaan ni. :p

 Dzureen Darwis.

2 Komen:

S.K.A berkata...

skema mmg mcm 2 ke?? mmg melalui blog eh?? semua pljar kena ada blog la kalu cmtu hu3

Dzureen Darwis berkata...

Haah semua student tajuk entri dia sama je - About Me ahaha

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*