Bukan Senang Nak Dapat Scholar

Assalamualaikum :)

2

Sebelum memulakan penyusunan kata hari ini, Zue ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua.

Zue pasti ramai dah tonton filem pendek ini. Mengisahkan seorang anak dan ibunya yang tinggal sebumbung. Si ibu tidak pernah kenal erti penat lelah mencari duit dengan menjahit baju. Si anak pula terlalu khusyuk mengulangkaji pelajaran dan akhirnya mendapat penajaan untuk menyambung pengajian. Mesej yang ingin disampaikan cukup senang "Kudrat membawa berkat"

Bila mak nya bersungguh-sungguh menjahit pakaian, akhirnya baju yang tersalah jahit pun orang tu nak beli juga, tak pasal-pasal dan income double. Alhamdulillah, Si anak pula tidak pernah lelah belajar tak pernah berhwnti belajar akhirnya dapat biasiswa. Alhamdulillah. Ini yang orang kata What You GIve You Get Back.

Di Curtin hari itu, masa pihak universiti dan scholar Zue ada sedikit salah faham, sedap2 je akak yang jaga kaunter di Curtin tu cakap kat Zue, "Kau cari jak biasiswa lain, sik payah pake **** tok gik" waduh marah betul akak ni. Zue pun bila marah, dah tak reti terus nak cakap Bahasa Inggeris. Terus keluar Melayu dan Jawanya. Ceh

Akak tu kata tadi, suruh Zue cari scholar lain next sem. Dia dah taknak berurusan dengan scholar Zue. Secara optimisnya Zue fikir bila ada salah paham, mesti dua2 pihak ada tersilap di mana-mana, jadi tak perlu lah nak marah sangat. Semua benda ni boleh selesai cuma perlukan masa dan metodologi yang pelbagai.

Dia fikir senang sangat ke nak cari2 scholar? Macam2 benda kita buat susah payah, bertahun-tahun belajar baru dapat scholar. Itu pun tak semua orang beruntung dapat scholar. Ada je budak2 yang pandai, baik tapi tak dapat tajaan. Sepatutnya yang dapat ni kena pandai BERSYUKUR sangat2. Dan orang lain yang memandang ni, jangan lah pandang remeh sahaja. Sedap je suruh kita tukar scholar.

P/S: Tapi Zue tak nafikan, Zue paham, kadang2 budak2 scholar ni dapat elaun, pergi beli handphone, gadget dan belanja awek. Tu yang golongan yang membayar cukai ini marah. Terasa seolah-olah mereka ni bayar cukai penat2 tapi budak2 ni gunakan ke tempat lain.

2 Komen:

pha is berkata...

sampai kena cari biasiswa lain? semoga segala urusan dipermudahkan-Nya...

Dzureen Darwis berkata...

Dia cuma menyuarakan kekesalan atas masalah teknikal yang berlaku je. Tapi kita ni pun terasa lah jugak kan hehe

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*