Dah Mula Masuk Kelas

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah, hari ini Dzureen akan mula masuk kelas semula selepas beberapa hari beraya di Johor. Semalam, 11 Ogos Dzureen selamat "touch down" di Lapangan Terbang Miri lebih kurang dalam pukul 5.20 petang. Penerbangan agak memeningkan kerana menempuh cuaca yang sangat teruk.



Jadi hari ini, Dzuren akan mula kelas. Pada dasarnya Dzureen tak ada kelas pada hari Isnin tapi hari ini ada kelas ganti untuk subjek Akaun sebab sepatutnya kelas diadakan Khamis lepas tapi kita dah mula bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pagi ini juga Dzureen akan sibuk mengemas bilik sebab nak menyambut ketibaan teman sebilik yang baru. Sejak pertama kali masuk sini, ada dalam sebulan saja bilik ni berpenghuni selain Dzureen. Selepas tu, tinggal Dzureen seorang sampai sem lepas. Baru ini ada nama naik nak masuk.

Rasa sedih juga sebab dah terbiasa mendapat privasi yang lebih tiba-tiba kena share bilik. Cisscake betul lah. Hehe. Cerita raya dah basi jadi malas nak cerita. Hik hok hik hok. Ok selamat hari raya semua :)

8 Komen:

Mieza Jhaa K berkata...

Lect. mana tu rajinnya buat kelas ganti utk anak murid. Ambik akaun jgk ye..sama la kita..

Tetamu Istimewa berkata...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

S.K.A berkata...

he3..xpelh ada klas pn..mood raya dh xde kn =) duk sorg2 best ke???? ada teman la bru syok

Dzureen Darwis berkata...

Xtau lah. Agaknya dah memang polisi dia kena gantik kelas kot. Huhu. Ye amek akaun, akaun dan kewangan :)

Dzureen Darwis berkata...

Terima kasih tetamu istimewa :)

Dzureen Darwis berkata...

For some point best, tp kadang2 bosan sebab mulut ni rajin berceloteh

pha is berkata...

ada rumate la best.. hehehe.. gud luck...

Dzureen Darwis berkata...

unfortunately belum ada roomate sampai sekarang

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*