Kalendar Saya

Assalamualaikum :)

Pernahkan kamu semua dengar cendekiawan berkata, "Jika anda gagal merancang, maka anda sedang merancang kegagalan"? Jadi pada Zue, Zue suka malam sebelum tidur, Zue rancang dulu apa nak buat esok.

Atuk Zue dulu pun macam tu. Setiap alam, sebelum tidur dia akan cerita kat Zue apa yang dia akan buat esok bermula dari bangun pagi sampai lah tidur semula. Well-planned sangat dia tu. Tapi kalau macam Zue ni, jenis yang tak berapa patuh pada planning sendiri.

Zue lebih fleksibel untuk MENANGGUH. Kakaka maafkan saya kerana mendedahkan perangai buruk saya, iaitu menangguh. Tapi sekurang-kurangnya dah ada garis panduan lah untuk esok pagi. Kot esok pagi bangun mamai-mamai, tengok benda ini atas meja terus segar bugar.





Buku ini dulu Zue jumpa di Popular Bookshop cawangan di Kluang Mall, Kluang, Johor. Masa tu tengah tunggu adik sampai dari Mersing ke Kluang Bus Station. Perjalanan adik delay beberapa jam itu yang kakak dia merayau jauh-jauh tu.

Menggunakan benda ini Zue akan catatkan apa Zue nak buat pukul 8 pagi, 9 pagi, 10 pagi, sampai 6 petang. Kiranya office hour punya time lah kan. Lepas tu boleh juga catat senarai barang yang nak dibeli, dikutip atau perkara-perkara lain yang berkaitan dengan hari tu.

P/S : Nak dekat raya dah weyh ketupat lemang dodol semua mana? Hehe

Nak tengok satu video khas raya yang menyentuh hati?  So sad :( klik sini

4 Komen:

Vee berkata...

ketupat , lemang , dodol kat batu pahat ... lum balik gi . nak settlen umah sini dulu yg masih caca marba ... mula2 tuh tulis kat diary gak , tapi sekrg drop kat note lappy jer . bila buka lappy , trus nampak ... klu x terlupa , malaslah jwbnya ... hahahaaaa ...

Dzureen Darwis berkata...

Hehe malas tu kena buang :p

S.K.A berkata...

bgusnya =) sy pn sma juga..suka mngguh hu3..lemang ktupat blik beraya..so, thun ni mkan ape yg ade jelh

Dzureen Darwis berkata...

Hehe tahun ni kena makan sebab last year x merasa

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*