Nak ambil jurusan perundangan?

Assalamualaikum :)

Sebagai salah satu subjek basic untuk tahun pertama semester pertama ni kena ambil Business Law, dan ini bukan satu-satunya subjek Law, tahun depan in shaa Allah ada Company Law pula. Oh oh oh. Apa pendapat saya tentang jurusan law? Perlu diingatkan, ini hanya personal opinion :)

Law memang best untuk dipelajari. Sebab kita boleh tahu apa hak kita. Tapi jangan jadi obses sampai gila asyik nak saman orang je pula ek. Sekurang-kurangnya kalau nanti kena tindas, tahu nak jaga diri. Dan lagi satu kita juga tahu akibat melanggar undang-undang, taubat taknak langgar nanti haha.Memang best sebab ada grandmother's story. Ada banyak kes yang kadang-kadang tu pelik-pelik je.

"Mak, nak ambil law lah, nak jadi lawyer"
"Jangan nak mengada-ngada jadi lawyer"

Haaa xde green light, tapi takpe, memang tak serius pun pasal tu. Dzureen mana suka subjek yang banyak baca dan hafal ni. Tapi menulis panjang-panjang rajin pula. Hehe maafkan saya, salahkan blogger kerana memberi kesempatan menulis panjang-panjang.

Masalah paling besar saya dalam law ialah, vocabulary level saya tersangat lah rendah. Ini menyebabkan saya sukar untuk memahami bacaan dan kuliah. Rasa macam masuk kelas tu nak bawa kamus sebijik je. Bawa nota pun x paham, baik bawa kamus kan?

Dan yang paling haru nya, kelas 3 jam straight!! Waaaa memang 1 jam je dapat bertahan, selebihnya? Mata ke cikgu, hati dah sampai rumah, otak fikir petang ni nak masak apa? Hadoi lah

Dzureen Darwis.

8 Komen:

Hanan Glory berkata...

x minat subjek baca gak..he..tp klu jd lawyer nie memang berat amanah..kenanya termenang kes n aniaya org yg betul,brt dosa..he..

Haryati Faizal berkata...

law tak bley nak kelentong klu periksa sbb ada akta2...

Kesuma Angsana berkata...

dulu2 KA pun minat law, tp takde restu parents juga !

||aLeaSaRa|| berkata...

salam sis.law?owh baca entri ni pun dah terasa senak perut sebab automatik terbayangkan betapa tebalnya buku2 kena baca dan macam2 akta kena ingat he3...

dear xila berkata...

samala parents tak bg hehe ni kos akaun ke busniess ni? hee

Mieza Jhaa K berkata...

akak pun belajar law.. ramai yg kecundang klu mls baca dan hafal terutama company law.. ada yg 3 kali ambik xlulus lg.. caranya, baca faham hafal ingat.. nota kena sentiasa di tangan.. semoga berjaya..

Hatimi Tahirruddin berkata...

hehe saya pon tak suka hafal2 ni....

atiq bites. berkata...

Saya mmg minat law ni sejak skolah rendah lagi. Rmai org ckp law ni susah. Tp xtau nk buat mcm mana sbb saya baru 16 thn. X byk belajar lagi. :(

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*