Teksi di Miri

Assalamualaikum :)

Hari ini nak cerita sikit pasal teksi di Miri. Pernah terbaca di laman forum Miricommunity dulu yang tambang teksi di Miri adalah antara tambang yang termahal di Malaysia. Ini mungkin kerana di Miri ramai orang guna kereta, jarang sekali nampak mereka kongsi kereta. Teksi pun kurang diperlukan di Miri. Lagi satu dulu-dulu teksi di Miri takde meter. Sekarang dah ada teksi pakai meter.

Kebelakangan ini, persatuan teksi di Miri minta tambang dinaikkan lagi. Amboi amboi. Katanya tambang yang sekarang ini tak cukup. Last mereka dapat naikkan tambang adalah pada tahun 2005, jadi pada mereka memadailah sekarang nak minta naik lagi seba harga minyak pun naik naik naik je kan. Zue takde lah nak merungut sangat sebab faham, semua orang cari makan kan.

Semalam bila Zue sampai je kat Airport, Zua usha-usha lah Taxi Coupun Booth tu. Akak yang jaga booth tu tengok je Zue sebab lama gila Zue usha harga kat TV yang diorang pasang tu. Harga-harga teksi di Airport Miri lebih kurang macam ni lah.

  1. Kalau nak ke hotel-hotel berdekatan, tambangnya lebih kurang RM22-RM26 gitu. Tapi biasanya hotel-hotel ni ada sediakan van mereka sendiri untuk angkat pelanggan diorang.
  2. Kalau nak ke kawasan perumahan berdekatan Curtin University, RM36 dan kalau nak ke Curtin University terus, RM38.
  3. Ke Gua Niah agak mahal, lebih mahal dari ke Curtin University tapi tak ingat berapa. Hehe
  4. Rasanya yang paling mahal adalah ke Sungai Tujuh, RM108. Kalau tak silap Sungai Tujuh ni dah dekat dengan Brunei dah.
Jadi Zue kita punya kira, tengok jam dah nak dekat waktu berbuka, Zue ambil teksi ke bandar je lah, boleh terus cari makan. Lepas tu baru ambil bas ke rumah, Curtin Villa. Jadi kalau naik teksi dari Airport terus ke Curtin Villa RM36, dengan cara yang Zue buat tu Zue untung RM11. Heheh. Tapi lambat lah sampainya. Teksi (RM22) + Bas (RM3.00) = RM25.

Ini teksi paling murah kat Miri Airport :3

Tapi cara ni tak praktikal kalau bawa banyak barang. Kalau banyak barang kena naik teksi eksekutif, lagi lah mahal. Tapi ada sesetengah pemandu teksi eksekutif ni bagi student price yang affordable juga lah. Jadi kalau betul-betul nak guna teksi, banyak barang bawa, sanggup lah nak bayar. Ni bawa barang seciput je, harga lebih kurang macam bawa beg ala-ala pergi haji, rugiii hehe.

Lagi pun biasa kongsi teksi dengan kawan-kawan so murah sikit. Semalam Zue balik sensorang je. Berani kan?? Kakaaka terpaksa lah.

campaign image
JEMPUT KLIK :)

10 Komen:

Haryati Faizal berkata...

amboi...mahal jugak ye...

Norhasniza Khalid berkata...

mama sekali hari tu lah... itulah sekali seumur hidup mama naik teksi.. hihi

dear xila berkata...

kat ipoh mahai cekek darah betoi iskkkk sedeh huhu

Vee berkata...

tambang bas rm 3 jer . jauh tul bezanya ... sabar jer lah ya ... dah beri duit raya kat awk ...

Dzureen Darwis berkata...

Tu lah, tensen la haha

Dzureen Darwis berkata...

Hehe mana tahu lepas ni nak kena naik lagi? :p

Dzureen Darwis berkata...

Owh kat Ipoh pun ke? hehe

Dzureen Darwis berkata...

RM3 tu pun kira mahal kalau nak banding di BP, RM3 dah boleh pergi ke daerah lain dah hehe

Hatimi Tahirruddin berkata...

amboi kaw2 mahal la tambang teksi tu...

Dzureen Darwis berkata...

Biasa lah semua orang cari duit, heheh

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*