The Conjuring (Movie)

Assalamualaikum :)

3 Ogos yang lalu Zue pergi tengok cerita hantu di pawagam. Dah lah tengok midnight movie. Cerita The Conjuring. Cerita tu agak menakutkan bagi Zue. Sebab apa? Sebab banyak scene yang familiar dengan Zue. Cerita tu dah macam sama dengan mitos2 orang Melayu.

1. Digigit pelesit
Dalam cerita tu ada scene2 yang tunjuk seorang perempuan yang mana badannya akan lebam2 selepas bangun tidur. Scene ini selalu dikaitkan oleh orang Melayu dengan pelesit. Orang kata pelesit yang gigit biasanya kalau lebam lebam lepas bangun tidur. Zue pernah kena juga, tapi Zue nih tidur bersilat agaknya masa muda-muda dulu so possibly langgar dinding kot haha.

2. Ditarik kaki
Dalam cerita tu juga banyak scene2 yang melibatkan kaki ditarik ketika tidur. Scene ini menyebabkan malam tu Zue tidur pegang kaki. Kakaka xde lah tapi terbayang2 lah juga. Scene ini pun familiar. Masa duduk di asrama dulu, biasa malam time baru nak tidur selimut tertarik ke bawah.

Esok2nya bila tertarik ke bawah, Zue tarik lah balik and tetiba selimut tu makin kuat ditarik ke bawah. Huh malas nak gaduh terus pakai 2 selimut pulak lepas tu. Taktau lah "dia: nak tumpang tidur, sejuk agaknya, Hha

3. Tertangkap suara hantu dalam recorder
Scene ini sangat2 membuatkan Zue goosebump. Kalau orang lain tengok rasanya orang tak cuak kot. Tapi disebabkan dulu Zue pernah alami sendiri sampai demam panas berminggu-minggu, setiap kalu pita tu dimainkan semula Zue rasa macam nak nangis cuak gilaa. Kecoh satu sekolah dulu pasl recorder tu, malas nak cerita panjang2 haihhh 

4. Histeria ala-ala cerita Melayu
Sangat2 terkejut bila dikeluarkan babak ni. Biasa cerita omputih ni kalau orang kena sampuk dia terbang, kuat gila orang lain tak dapat pegang. Lebih kurang macam tu je. Sekali cerita ni dia buat histeria sejibik macam biasa kita tengok di sekolah2 asrama. Dah penat2 jerit hantu tu boleh sakan gelak2 pulak. Omai scary tu hehe

5. Pocong!
Okay gurau je. Mana ada pocong. Tapi ada scene yang perempuan disampuk tu diikat dengan kain putih sebab dah tak boleh kawal dah. Lepas tu kain tu koyak di bahagian muka perempuan tu menyebabkan ternampak wajah perempuan tu. Benda ni mengingatkan rakaman2 yang menggambarkan azab kubur yang biasa ditunjukkan ketika kelas fardhu ain.

Benda ni lagi lah Zue rasa thrill gila sebab Zue xboleh sangat dengan mayat. Mungkin sebab pernah kena sawan mayat kecik2 dulu. Sampai sekarang macam awkward je bila nampak mayat. Atau mungkin cuma perasaan Zue je yang mengada-ngada. 

P/S : Malas nak cerita panjang-panjang, sape yang belum tengok tu, tengok trailer ni dan pergi tengok kat wayang cepat. Hehe


4 Komen:

Tinta Lana berkata...

Salam.

Lana tak pernah zue, tgk citer hantu kat pawagam. Kat rumah penah, tu pun bawak towel sambil tgk,hahaha

Agak2 mcm ada hantu nak keluar,cepat2 tarik towel tutup muka..walhal takda apa pun T__T hehehe

Dzureen Darwis berkata...

Hehe kita pun buat2 kontrol macho je time tu haha

S.K.A berkata...

he3 mcm best je =) best la usik prmpuan neh kalu tgok citer hantu :D

Dzureen Darwis berkata...

Heh anda akan gagal mengusik Zue :p *konon2 tough*

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*