Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2013

Assalamualaikum :)

Hello readers. Memandangkan UPSR ni just around the corner, lagi sebulan je, nak share perangai Zue dulu masa belajar untuk UPSR.

1. Tak tahu kenapa kena belajar
Masa sekolah rendah dulu mana lah tahu kenapa nak kena belajar ini. Ok mungkin sesetengah murid dah faham tapi Zue belum faham. Jenuh mak bagitahu. Sampai naik hafal skrip mak. Tapi pengisiannya tak masuk pun dalam jiwa. Yang Zue tahu, pergi sekolah, balik rumah, pergi sekolah agama, lepastu balik rumah nak tidur.

2. Sorok kertas periksa
Mak akan bising kalau markah teruk. Bising dia bukan sehari. Berhari-hari dan yang paling seram bila Abah balik, Mak akan bagitahu ke Abah. Heh. Takut. Pernah sekali dua sorok kertas periksa pasal markah teruk sangat. Mak ni pula dia alert cikgu mana yang belum pulang kertas ujian lagi. Hari-hari duk tanya mana kertas?

Dengan gaya ala-ala pembunuh upahan, Zue kat kelas hancurkan kertas tu dan masukkan dalam tong sampah. Akhirnya tidak dapat dijejaki lah konon. Sekali ada report card lah. Ha hamek kau mana nak jawan kenapa markah teruk?? Mana kertas nya?? Masa ni mak dah syak lah Zue dah hapuskan kesan dan bukti. Heh

3. Nombor sebagai motivasi
Bila nombor kedudukan dalam kelas bakal diumumkan, semua orang tak sabar nak tahu, Termasuk Zue. Eksited sangat. Konon berharap dengan segala usaha yang telah dilakukan (padahal mak yang banyak paksa) harap dapat keputusan yang bagus. Jadi lain kali bila nak exam, memang aim nya nak kukuhkan kedudukan dalam kelas. Tu je.

4. Buku latihan nak demand
Mak suka sangat belikan buku latihan tambahan. Tapi demand sikit, nak yang tulisan dalam buku tu besar, susunan nya menarik.Yang tulisan kecik rapat-rapat ni taknak buat. Mengada sungguh. Nak yang kertas putih yang nampak baru. Alasan nak ada semangat belajar. Sampai ke sekarang nak belajar kena ada semangat macam ini . Haih

5. Pesanan dari majoriti guru
Bila nak dekat UPSR, biasa guru-guru pesan murid2 macam2. Zue selalu dipesan supaya "tidak over konfiden". Ha nampak tak bertapa terlebih konfiden nya diri ini. Sebab apa? Sepanjang belajar di sekolah markah ok alhamdulillah tapi the last several weeks before exam tiba-tiba buk buk jatuh gedebu markah teruk gila. Mana cikgu tak risau!

Cukup lah untuk hari ini, kepada semua calon UPSR, sila lakukan persiapan terakhir anda. Dah tak lama dah, lagi sebulan saja. :)

4 Komen:

pha is berkata...

mcm2 kenangan masa skolah rendah dulu.. nasib mak pha is jenis yg tak push.. rilex je.. heheh

S.K.A berkata...

ha3..teringat pula time skolah rndah dlu =) selalu kena pksa dgn mak buat latihan..byak kena dera je rasa

Dzureen Darwis berkata...

Haih untung la, tapi dah besar ada insiatif belajar sendiri, xpe :)

Dzureen Darwis berkata...

Ha sama lah kita. Tapi rasa bersyukur pun ada. Kalau x , x jadi mcm ni rasanya saya ni haha

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*