Ekspidisi Bukit Pantu

Assalamualaikum :)


     Pada hari Sabtu 7 September yang lalu, saya telah pun menyertai satu acara pertemuan penghuni-penghuni rumah sewa dari apartmen Curtin Lakeside, rumah Curtin Villa, rumah Curtin Village dan rumah Curtin Water di Taman Negara Bukit Lambir. Seawal 6.30 pagi, kami telah pun berkumpul di depan perhentian bas berdekatan rumah masing-masing untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke Taman Negara. Sementara menunggu bas, kami nikmati sarapan terlebih dahulu. Siapa tak nak sarapan percuma kan?

Teruja sangat
      Perjalanan mengambil masa dalam satu jam. Setibanya kami di taman negara tersebut, kami diberikan taklimat terlebih dahulu. Taklimat menekankan kepada isu keselamatan kerana kami akan masuk ke hutan simpan dan macam-macam perkara boleh berlaku. Difahamkan terdapat dalam tujuh air terjun yang dibuka kepada awam tetapi saintis telah menemui lebih 40 air terjun di dalam hutan simpan ini. Disebabkan lokasi terlalu jauh dari pusat pentadbiran, kebanyakan air terjun tidak dibuka kepada orang awam.

Baru separuh perjalanan, rasa macam nak menyerah kalah.

     Kami memulakan perjalanan secara berkumpulan. Persepsi awal aku, perjalanan hanya akan mengambil masa dalam setengah jam kerana aku pernah ke taman negara ini dahulu. Dulu guna trek lain. Jadi jangkaan aku sama sekali meleset. Rupa-rupanya kami nak mendaki bukit yang bernama Bukit Pantu. Perjalanan sejauh 6 kilometr itu dikatakan mengambil masa 2 jam. Ini bermakna kami perlukan sekurang-kurangnya 4 jam untuk sampai ke puncak dan turun semula.

Penat sampai malas nak ambil gambar

     Secara personal, aku tidak mempunyai masalah untuk melalui trek yang panjang dan berbukit-bukit. Apa ang lebih membimbangkan adalah pacat. Aku cukup takut dengan haiwan yang tidak berkaki atau pun yang berkaki banyak. Contoh haiwan yang tidak berkaki aku takut ialah ular, ulat beluncas, dan pacat sementara haiwan yang banyak kaki seperti ulat gonggok dan lipan. Aku sangat berhati-hati ketika berjalan. AKu sentiasa melihat kasut aku kerana khuatir ada pacat yang memasuki kasut aku.

Abaikan reben hijau itu

     Tapi apa yang lebih mengagumkan ialah, acara ini menemukan aku kepada dua lagi perkara dalam senarai 101 perkara dalam 1001 hari yang telah aku senaraikan. Aku dah buat "jungle treking" dan "hiking". Alhamdulillah. Rasa berkobar-kobar menghitung satu persatu senarai 101 dalam 1001 yang telah berjaya aku laksanakan. Aku berharap aku berjaya melaksanakan semua perkara dalam senarai sebelum berakhirnya tempoh 1001 hari tu.






Dzureen Darwis.

10 Komen:

aizamia3 berkata...

seronok dapat menikmati alam semulajadi.. jauh dari hiruk-pikuk kota.. ;)

Kakzakie berkata...

Nak memanjat yg letih 6km tu!!
Turun ok sikit tapi kalau kakak agaknya dah pengsan dulu hihi..

Kesuma Angsana berkata...

wah menarik ni !

S.K.A berkata...

wahhhh syoknya =) cntik permandangan atas 2..best sgt2 ni..lama xbt aktiviti mcm ni..brapa org yg pergi?? mcm xrmai je

tenku butang berkata...

wah.. jungle tracking.. best kan?? hu2.. seumur hidup x pernah join sekali pun.. almaklumlah.. anak maanja lea katakan.. kui3

Wanieys a.k.a IbuQalief berkata...

wah best xtvt mcm tu...xtvt lasak tu

Mieza Jhaa K berkata...

Akak memang gemar aktiviti mcm ni..namun lepas kawin terbalas la sket dgn tanggungjawab..tak dapat nak sertai mcm2 program lasak macam dulu..jadi sblm kawin ni, sertailah apa saja..

Annyss Aleeya berkata...

wah. bestnye. dah lame kite tak join jungle trekking macam nie.

Annyss Aleeya berkata...

wah. bestnye. dah lame tak join aktiviti jungle trekking nie.

Yumida Huda berkata...

wah beznye berada kat puncak
menghijau jeeee

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*