Kesian Tony

Assalamualaikum :)

Pintu masuk Curtin Villa
Hari ini hujan turun dengan sangat lebat. Bunyi angin yang bertiup kencang cukup membuat saya takut. Dalam pukul 11 pagi, baru saya teringatkan Tony, pokok kaktus yang dibeli semasa hari terbuka hari tu saya tinggalkan di luar rumah kerana Tony memerlukan matahari. Terus saya keluar dan cari Tony dan ternyata Tony sudah menggigil kesejukan. Kesian Tony.

Bila saya keluar dari rumah, rasa macam dalam cerita Titanic pula, angin bertiup cukup kuat. Bila saya masuk ke rumah, di bilik kelihatan beberapa rekahan di siling dan air mula mengalir jatuh ke dalam bilik. Banjir lagi lah bilik ni. Entah bila pula nak panggil orang tutup semula rekahan tu ye? Habis kalendar dan jadual waktu yang ditampal di dinding basah kena air hujan. 

 Dzureen Darwis.

10 Komen:

ejulz berkata...

Tony pokok tu ker?

biskutcelup berkata...

saya cuba bayangkan tony tu menggigil..tapi tak boleh terbayang la pulak :)

pha is berkata...

owh.. tony the cactus rupanya....

Kesuma Angsana berkata...

amboi pokok kaktus pun ada nama yer hehehe tony lagi tu !

Yumida Huda berkata...

laaa..siannye tony
begitu berharganya tony...bertuah tony dpt tuan sebaik tu
kita kasi tony lampu la..agar ia dapat membesar dgn baik
kalau hujan ribut mmg seriau kan

Dzureen Darwis berkata...

yup, hehe saya anggap Tony tu macam pet pula :)

Dzureen Darwis berkata...

Hehehe saya pun tak nampak dia menggigil sebenarnya. Saya assume :)

Dzureen Darwis berkata...

Kih kih tipah tertipu :)

Dzureen Darwis berkata...

Nama Tony pasal ada banyak duri hehehe

Dzureen Darwis berkata...

Hehe tu la skrg ni dia duk dalam je. Mesti dia rindu Matahari :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*