Lama Tak Update

Assalamualaikum :)

Ni entri cliche para blogger yang dah lama tak update blog mereka. Buka blog, lepas tu baru perasan yang dia dah lama tak update blog. Lepas tu dia fikir, apa nak update ni ek? Fikir fikir tak dapat idea, lepas tu dia update lah entri bertajuk lama tak update. Antara perkataan yang sinonim ialah blog dah berhabuk. Heheh. Terasa tak?

Rasanya lama juga saya tak update blog ni. Baru hari ini nak update. itu pun tak ada cerita yang exact. Paling-paling pun nak bagitahu satu dunia, bermula 1 Oktober ni rumah dah ada wifi, in shaa Allah. Yahuu! Gembira sangat. Tak boleh hidup pelajar moden macam saya ni nak buat assignment tak ada internet connection.

Lecturer yang veteran ni bangga tau buat assignment tak pakai google suatu masa dulu. Ok fine. Terasa di situ. Malam ni ada date dengan kawan (perempuan lah) nak tengok cerita The Conjuring buat kali kedua. Kali ini bukan lagi di pawagam pada jam 0:00 tetapi selepas maghrib di dewan kuliah. Ha rock ke tidak tengok cerita hantu dalam dewan kuliah?

Kenapa tayangan ini diadakan? Tayangan ini diadakan sempena menyambut mid-autumn festival. Akan diadakan Scare Fest ala-ala Halloween gitu dengan penampilan Estranged di kampus kami tak lama lagi tapi saya tak pergi lah. Sebab takut hantu. Kakaka nak juga jumpa Estranged sebenarnya tapi tak tahu nak pakai baju apa sempena Halloween tu.

Maka, tengok movie je lah Cik Dzureen kita ini. :)

Dzureen Darwis.

2 Komen:

Kesuma Angsana berkata...

xpelah dik, ada masa free barula update hehehe

Mieza Jhaa K berkata...

paling xde idea cerita je kisah harian kita sebagai pelajar.. macam diari je kan..best..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*