Malam ni nak exam!

Assalamualaikum :)

Malam ni, tepat jam 7 malam saya akan menjalani peperiksaan pertengahan semester bagi subjek Akaun. Peperiksaan memakan masa 90 minit, sehingga 8.30 malam. Mujur waktu solat maghrib di sini adalah 6.30 malam maka tidaklah waktu peperiksaan itu melanggar waktu solat kami, pelajar beragama Islam yang merupakan golongan minoriti di kampus ini.


Study tepi tingkap :)

Selepas habis sahaja peperiksaan ini, saya akan bertungkus lumus untuk menyiapkan esei Management saya yang perlu dihantar Isnin depan. Selepas itu, minggu yang sepatutnya menjadi minggu Cuti-cuti Malaysia bagi kami akan dipenuhi dengan aktiviti menyiapkan tugasan Law yang perlu dihantar Isnin depannya lagi.

Pada masa yang sama saya perlu menyempurnakan segala urusan dengan MARA bermula 1 Oktober ni, saya tak pasti banyak mana kan dokumen yang perlu diselesaikan itu? Tidak lupa juga kepada assigment Akaun yang memerlukan presentation sejurus Cuti-cuti Malaysia saya habis. Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk menghadapi semua ini,

Tidak termasuk dengan aktiviti-aktiviti yang tidak melibatkan akademik lagi ni, malas den nak kabo. Kih3. Saya pasti saya patut bersyukur kerana beban kerja ini tidak lah seberat zaman nak SPM dulu dan semestinya tidak seberat zaman pekerjaan dan perkahwinan kelak. I should enjoy this life. Ni nasihat orang yang da bekerja lah.

Dzureen Darwis.

5 Komen:

Yumida Huda berkata...

all d bez k

Jiha berkata...

semoga berjaya zureen

TelingaBulat berkata...

gud luck ;)

Vee berkata...

good luck dear ... jgn pressure sudah

pha is berkata...

1st time dengar exam malam.. good luck...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*