Musim Hujan di Miri

Assalamualaikum :)

     Sejak kebelakangan ini, hujan turun sangat lebat di Miri. Aku tak pasti kawasan lain macam mana tapi di Miri dari malam sampai ke petang. Kalau malam-malam tu aku selalu terasa nak makan atau minum sesuatu yang panas seperti maggie ataupun milo kosong. Lepas perut dah panas baru lah rasa nyenyak saja nak tidur. Tapi takut juga nanti nak pergi kelas pun hujan juga. Kita ni bukan ada kenderaan sendiri, nak kena tunggu di perhentian bas dan naik bas berhimpit-himpit. Habis basah baju nanti.

     Disebabkan hujan, rancangan saya untuk membasuh dan menyidai baju tergendala. Maklumlah, kita ni cuma boleh merancang saja, tuhan yang menentukan. Tambahan, saya faham, hujan yang turun ni rezeki dari Allah, memberi banyak manfaat kepada kita. 

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan pada pertukaran malam dan siang, dan pada kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia, demikian juga pada air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matina, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juda pada peredaran angin dan awan yang tunduk kepada kuasa Allah terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya pada semua itu ada tanda-tanda yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran. (surah Al-Baqarah, ayat 104)

     Maka dengan itu, menganggurlah baju-baju saya di dalam bakul di hujung katil menanti bilakah agaknya akan dibasuh dan disidai. Sabarlah wahai baju, nanti kita beli ampaian letak dalam rumah pula ya, senang sikit boleh sidai baju walaupun semasa hujan. Mana ada masa sangat, kalau hujan turun seminggu ni tak berhenti, takkan saya nak tunggu juga kan? Kena lah usaha juga untuk selesaikan masalah baju yang bertimbun-timbun ni. Kata nak jadi bakal isteri mithali.

Dzureen Darwis.

10 Komen:

TelingaBulat berkata...

skg mmg musim ujan..ramai budak2 kecik dok sakan demam..

Haryati Faizal berkata...

teringat zaman belajar dulu...penah jugak kebasahan masa nak pi kuliah...

S.K.A berkata...

kerap sgt ke hujan kat sna?? ada beza x dgn smnnjung?? kawan sy org sbah..dia kata dia tkot dgn bunyi guruh kt smnnjung ni..hu3..klakar la plak =)

Vee berkata...

usahakan cuci baju tu dik . nanti rak tu dah x de baju lak ... heheheee

Dzureen Darwis berkata...

ALhamdulillah, matahari dah muncul kembali terik pula tu hehe

Dzureen Darwis berkata...

Itu semua pengalaman kan :)

Dzureen Darwis berkata...

Kat sini, saya takut kalau dengar bunyi angin, tapi awan kat sini cantik tau

Dzureen Darwis berkata...

Hehe dah selamat dicuci dah kering pun :)

Mieza Jhaa K berkata...

Kat Dungun panas betol skrg.. rasa mcm xnak keluar rumah.

PakcikLie PCL berkata...

sini panas je selalu..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*