Petua Orang Muda: Pening Kepala dan Demam

Assalamualaikum :)

Dua tiga hari ni rasa macam nak demam, kejap badan panas, lepas tu gusi pula pecah, ditambah tonsil dan ulser. Maka makan nasi pun terseksa. Kalau boleh memang taknak makan Panadol (Paracetamol) sebab benda ni bersifat painkilling je rasanya.

Tapi semalam, meeting punya pasal, makan juga Panadol Actifast. Malam pula tidur susah, ngereng kiri, ngereng kanan, akhirnya bangun pegi dapur cari ilham apa nak buat dengan kepala yang panas, pening dan gusi yang pecah ni semua. Terjumpa biji selasih yang dibeli kelmarin.

Teringat pula orang duk kata biji selasih ni sejukkan badan. Alhamdulillah, dapat idea nak buat air limau kasturi yang dicampur pula dengan biji selasih. Air limau kasturi suam ni selalu Zue buat kalau pening, memang akan hilang pening tu. Biji selasih tu pula diharapkan dapat menyejukkan badan.

In shaa Allah.
Dzureen Darwis.

4 Komen:

Cik Mun berkata...

semoga cepat sembuh ye :)

tenku butang berkata...

ho.. selasih tu sedap kann.. memang untuk sejukkan badan tu.. heee..

S.K.A berkata...

semoga cpat smbuh..

ira_bluebee berkata...

owhhhh nnt nak try petua nie lah..sbb slalu sgt pening ngn tonsil..seksa bila nk mkn...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*