Sakit belakang gara-gara tak cukup tidur

Assalamualaikum :)

Sejak kebelakangan ini Zue kurang tidur. Ada satu hari Zua muatnaik gambar sendiri dan whatsapp ke nenek, dia kata mata Zue lebam. Hahaha kantoi cucu tak cukup tidur lah. Nak dijadikan cerita, dalam pada ngantuk-ngantuk tu , gigih juga nak siapkan tugasan dan pergi ke perpustakaan.

Mula-mula duduk di meja, tapi lama-lama baru tersedar yang belakang badan ni sakit sangat. Amboi, macam orang bekerja pula nak sakit-sakit belakang ni. Jadi Zue pun berpindah lah ke kerusi a.k.a sofa empuk ini. Hehe



Placing baik punya. Sandar kat kerusi tu, kurang sikit rasa sakit belakang badan. Satu sofa ni, buat macam harta sendiri, rasa macam nak tidur je terus kat sini. Hehehe.


Tapi itu lah, ada je yang tak kena, sofa empuk ini bagai bantal yang disorongkan kepada orang yang mengantuk, mata mula kabur dan memaksa Zue pulang ke rumah. Sampai je rumah, terus sambung tidur. Maka benar lah kata oranr tua-tua, ubat paling baik untuk mengantuk adalah tidur. Sekian.


Dzureen Darwis.

2 Komen:

S.K.A berkata...

erk..bhya ni..tido mestilah kena ckup =) kalau x..mmg xde tenaga..aura negatif pn xkeluar dgn baik kalau xckup tido

Haryati Faizal berkata...

kalau empuk mang sedap je klu tido ka...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*