Saya bukan sombong, tapi

Assalamualaikum :) 

Sebenarnya, ada satu perkara yang selalu merungsingkan hati dan fikiran. Zue suka sangat menyendiri. Tapi kawan pula caring. Ke mana Zue pergi, mesti nak temankan. Zue bukan lah tak peramah, tapi dalam satu hari yang bersamaan dengan 24 jam, Zue perlukan beberapa jam untuk diri sendiri. Bukan waktu tidur, tapi waktu-waktu biasa ni lah.

Contohnya, sarapan seorang diri ke, baca surat khabar sorang-sorang, buat ulangkaji sendirian, blogging sampai 5 jam sorang-sorang, mahu pun main buaian seorang diri. Heh. Sekurang-kurangnya, nak satu aktiviti harian tu dilakukan seorang diri. Tapi bukan di bilik, di tempat awam. Zue nak tengok orang lain bising-bising, tapi Zue senyap.

Macam minggu lepas, seperti biasa Zue kutip surat khabar percuma depan bangunan utama di kampus dan baca seorang diri di sofa bersebelahan dengan mesin ATM. Alhamdulillah, tak ada orang yang dikenali datang menegur dan ajak berbual. Memang tak boleh, bila datang mood nak duduk sorang-sorang ni, tak boleh ada gangguan. Tapi gedik nak duduk juga tempat awam kan? GEDIK!


*salah satu zon selesa bila nak menyendiri*


Ini cara Zue tersendiri. Zue rasa tenang kalau ada di tempat yang bising, tapi Zue hanya berdiam diri. Bukan duduk dalam bilik sorang-sorang macam orang bisu. No no no tidak sama sekali. Zue sangat-sangat perlukan benda ni. Sekarang Zue dah sedar yang benda ni penting untuk diri Zue, mendiamkan diri seorang diri di tempat awam melakukan satu aktiviti harian. Tapi tak tahu macam mana nak terangkan kat kawan-kawan yang baik hati.

Dia memang tak salah. Niat dia baik. Hmm macam mana?

 Dzureen Darwis.

5 Komen:

TelingaBulat berkata...

betol..kekadang kite memerlukan masa dan ruang utk menyendiri.kadang2 org tak phm ingt kite sombong..actually TB plak xske menyendiri..hhehe

Nastyna berkata...

I fahammmmmm. I dulu pun selalu lepak sorang2 hahaha. Macam sekarang, my hubby selalu suruh I keluar lepak dengna kawan sebab dia kata macam kesian I keluar sorang2. And dah banyak kali I explain I mmg prefer keluar sorang2, orang mmg payah nak faham.

Vee berkata...

ada org x blh hidup tanpa kawan , ada lak lebih suka lone ranjer sbb lbh senang bergerak dan buat keputusan ... ya , kita mmg adakalanya x mahu diganggu ...

S.K.A berkata...

kadang privasi 2 perlu utk diri sndiri..tp yg peliknya..mcm mn pulak boleh rsa tenang di tempat yg bising????

Haryati Faizal berkata...

mang kadang2 benda tu perlu tuk kita, tenangkan fikiran... seeloknya terus teranglah dengan kawan spy nanti tak salah faham...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*