Borneo Tropical Rainforest Resort 01

Assalamualaikum :)

Beberapa minggu yang lalu saya telah pun pergi ke Borneo Tropical Rainforest Resort (BTRR). Menerusi satu lagi blog milik saya, AJTMD saya telah pun membuat sedikit review ringkas BTRR vs. Lambir Hills National Park yang mana kedua-duanya terletak di Miri.

Hari kami bertolak ke BTRR hujan turun dengan lebatnya. Kami pergi menaiki bas dan dalam bas sangat sejuk. Mujur bila kami tiba, kami disambut dengan sedikit minuman. Dapat kami regang-regangkan otot badan sebelum meneruskan aktiviti yang berikutnya.


Semasa menikmati minuman yang disediakan, kami dapat melihat dengan jelas kehijauan hutan simpan ini. Namun bila diambil gambar tak nampak pula sebab pakai kamera phone je kan. Jadi kami mengambil keputusan untuk mengambil gambar sendiri.

Daripada puluhan gambar syok sendiri yang kami ambil, saya letakkan di sini dua gambar sahaja kerana malu. Keh keh keh. Terima kasih kepada kwan saya, Fasya yang mengambil gambar menggunakan handphone dia.


Ini saja lah gambar yang paling sopan kerana minta tolong orang lain ambilkan gambar, Lepas tu ambil gambar syok sendiri tak hengat dunia uolls. Nanti sambung cerita lagi :)

Dzureen Darwis.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*