Borneo Tropical Rainforest Resort 03

Assalamualaikum :)

Semasa mengadakan tour, hati melonjak apabila ternampakkan ladang pokok limau yang dipagari dengak pagar hijau. Sibuk saya bertanyakan kepada tour guide kami, apakah kami boleh memetik buah limau tersebut?

Pakcik tu kata, kalau kamu boleh masuk, petiklah seberapa banyak yang kamu mahu. Terus saya panjat pagar hijau tu dengan penuh selamba memandangkan sudah berpengalaman semasa di asrama dulu. Kih kih kih. Sekali bila saya masuk, pakcik sambung kata-katanya.

Sorang je boleh masuk. Yang lain kalau nak minta kat budak yang masuk tu. Hadoi. Jadi manga untuk memetik buah limau pula. Tapi memang seronok. Walaupun kena petik banyak-banyak untuk orang lain tapi rasa gembira.


Bila balik rumah, baru perasan yang sebenarnya pergelangan tangan terluka semasa memanjat pagar hijau tu. Tuh la tak sabar-sabar nak makan buah limau punya pasal kan. Tak pasal-pasal melukakan tangan sendiri


KERANA LIMAU INI -.-
Dzureen Darwis.

Komen:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*