Cabaran Guru Sekolah Menengah

Assalamualaikum :)

Hari ini tiba-tiba sahaja saya teringatkan proses pembelajaran di sekolah menengah dulu. Semasa Tingkatan 5, alhamdulillah saya ditempatkan di dalam "kelas elit", satu-satunya kelas yang menempatkan pelajar ranking 1 hingga 30. Sebenarnya guru-guru menempatkan kami di kelas yang terakhir bernama Vanda 5. Vanda adalah sejenis bunga orkid hutan ye kawan-kawan. 

Ramai guru-guru yang meluahkan rasa "penat" mengajar kami kerana kami terlalu banyak menimbulkan persoalan yang kadang kala tidak berkait pun dengan SPM. Sememangnya guru-guru kami akur, pembelajaran bukan hanya kerana peperiksaan semata-mata. Tapi kadang kala penat juga menjawab. Satu Chapter belum tentu boleh habis dalam satu hari gara-gara banyak mulut yang bertanya.

Terutamanya ustazah kami, seringkali kehabisan idea untuk menjawab soalan kami. Kadangkala beliau terpaksa menyimpan soalan kami dan menjawab keesokan harinya. Soalan-soalan berkaitan isu semasa yang memerlukan penyelidikan dan penelitian. Semakin galak pelajar-pelajar lelaki bertanya apabila masuk Chapter "Perkahwinan"

buymelaughs.com
Saya mempunyai seorang kawan yang sangat pandai. Dia duduk di sebelah saya. Setiap semester dia dapat 4.00 dan hampir semua markah dia yang tertinggi. Sekarang dia sudah pun berada di Jordan mengambil kod Medik di bawah tajaan biasiswa. Alhamdulillah. Pelajar ini lah salah satu pelajar yang kerap bertanya di dalam kelas.

Pernah guru Matematik Tambahan kami terpaksa berhenti mengajar pada hari tu kerana kawan saya bertanya, "Cikgu, tajuk ni kalau dalam hidup seharian kita nak guna kat mana cikgu?". Rasanya tajuk differentiation and integration kot. Ada macam-macam graf dalam tajuk tu. Bukan senang nak explain sebenarnya.

Dugan menjadi guru macam tu lah agaknya. Hanya guru-guru sahaja yang faham kot. Sememangnya guru yang berjaya seorang yang penyabar dalam mendidik anak bangsanya. 

Dzureen Darwis.

3 Komen:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

menjadi guru bukan hanya sekadar mahir di dalam subjek yang diajarnya.. tetapi juga semua subjek lain walaupun hanya asas saja..

Dzureen Darwis berkata...

Betul tu, sungguh mulia kerja seorang guru :)

Dunia Fais-SKA berkata...

kecian pula cikgu nk mnjawab =) kalau sy pn mgkin naik pning..ckgu mgjar pn ikot skema..kalau nk jwab banyak2 mgkin ambil msa..tp tabiklah dgn cikgu, mgjar tanpa jemu..kira budak cerdik la ni ye he3..kwan awak tu btol2 pndai orangnya..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*