Demi Masa

Assalamualaikum :)
art4islam.blogspot.com


Masa di sekolah rendah dulu, saya akan ke sekolah agama pada belah petang. Dan satu perkara yang saya tidak mungkin lupa ialah doa setelah habis kelas. Surah al-Asr ayat 1-3. Setiap petang sebelum pulang ke rumah kami akan baca surah ini beramai-ramai dan disambung pula dengan maksud surah. Tapi masa budak-budak dulu, mana lah nak hayati maksud surah kan?

Bila dah tua sikit, mula lah kita teringat dan lebih memahami surah tersebut. Dan masa tu, kita akan mula menghargai masa. Guru Add Math saya pernah berkata, "Bila kita beri harta kita kepada orang lain, harta kita akan berkurang. Beri ilmu kita kepada orang lain, ilmu kita akan bertambah. Masa pula bila kita beri kepada orang lain, masa kita tetap sama 24 jam sehari"

Dzureen Darwis.

3 Komen:

TelingaBulat berkata...

aah kn btol jugak..dulu kecik2 tau bace sura jee makna ape pn xtau..bile da umur cmni bru laa nk tau setiap ayat yg kite makna. ;)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

betul kata-kata cikgu tu.. :D

Cikgu Norazimah berkata...

suka statement cikgu add math tu, sangat bermakna ;)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*