Mana Pula Perginya Kaca Mata

Assalamualaikum :)

Saya merupakan seorang perempuan yang berkaca mata. Bagi sesiapa yang berkaca mata dan mempunyai cermin mata yang tebal sampai 5.00-9.00 macam tu mesti faham perasaan bila hilan cermin mata. Macam mana nak cari kalau mata tu memang dah rabun kan?

Kalau kat rumah dulu saya suka susahkan adik-adik saya untuk cari cermin mata saya bila saya bangun tidur. Adik-adik sangatlah tak suka bila saya mula memanggil mereka untuk minta tolong carikan sebab hampir setiap hari macam tu. Bila mereka berdua pun dah berkaca mata, hmm hmm barulah mereka faham perasaan saya.

Kadang kadang adik-adik taknak carikan, Abah lah yang rajin melayan kerenah anak dia yang mengada ni. Tapi kadang-kadang Abah bising juga kerana saya tak pandai nak letak cermin mata tu di satu tempat setiap malam. Letak la di tempat yang sama setiap malam, barulah tak hilang kata Abah.

buymelaughs.com

Tapi sekarang dah jarang pakai cermin mata. Sebab sekarang pakai lens. Tapi tak berwarna-warni, rimas hehe. Rasanya lebih berbaloi kot sebab saya ni cepat betul rosakkan bingkai cermin mata. Terpatah lah, terpecah lah, terbelah lah, macam macam hal.

Dzureen Darwis.

3 Komen:

aizamia3 berkata...

jangan lupa nak tanggal contact lense tu sudah.. ;)

apa-apapun selamat hari raya Aidiladha.. ;)

Haryati Faizal berkata...

kita serupa...hihihi...akak pun mcam dzureen jugak, tp bley nampak lg bila tak pakai spect cuma kabur je...

Mieza Jhaa K berkata...

Simpati kepada mereka yg ada masalah mata.. syukur mata ni masih ok..jadi, jagalah mata..jangan tgk benda2 xelok..hehe

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*