Naik Lemak

Assalamualaikum :)

Sejak ada perpustakaan baru ni, bukan main naik lemak lagi si Dzureen ni. Hari tu konon nak buat ulangkaji, tapi tertidur di atas sofa empuk. Ngantuk yang sangat-sangat tak dapat ditahan kerana sofa tu macam menarik2 diri ni untuk tidur dalam keempukannya.

Tiba-tiba hari ini termasuk, "termasuk" bermaksud masuk dengan tidak sengaja, ke dalam bilik tv. Nasib baik cerita yang ditayangkan dari channel 393 (kalau tak silap) tidak menggoda saya, kerana saya tak tengok cerita korea. Kalau tak, memang lama lah duduk dalam tu.



Duduk dalam tu teman kawan je, tapi saya buat kerja sebab tak paham cerita tu pasal apa? Dalam setengah jam kemudian, saya keluar dari bilik tu dan pergi mengasingkan diri di kawasan "silent study". Setakat ni tu lah first and last masuk bilik tv ni. Takmo masuk dah! hehe


Dzureen Darwis.

4 Komen:

Vee berkata...

hah ! klu saya confirm trus dok kat situ ... peminta tegar drama korea .

Kesuma Angsana berkata...

walla bestnyer !

Dzureen Darwis berkata...

Tu lah kawan saya pun macam tu. Terus lupa nak buat benda yang sepatutnya dia buat hari tu hehe

Dzureen Darwis berkata...

Mesti lah best! *jogetjoget*

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*