Nakal Juga Masa Sekolah Dulu

Assalamualaikum :)
buymelaughs.com
1. Texting without looking.

Dulu masa saya sekolah, sekolah saya masih belum membenarkan pelajar membawa telefon bimbit. Tapi sekarang dah boleh dah. Masa tu, kadang kala saya bawa juga telefon bimbit ke kelas. Dan semasa guru sedang mengajar, saya membalas mesej di bawah meja. Dengan penuh skill nya menaip tanpa melihat dan terus tekan send. *Maafkan saya cikgu warden*

2. Sleeping without getting caught.

Pernah juga saya tertidur di dalam kelas. Terutamanya pada waktu kelas persediaan malam, "prep malam". Waktu-waktu prep ni adalah selepas makan malam, solat maghrib dan solat isyak. Jadi bila disuruh belajar malam-malam ni, mula lah mata mengantuk.

Ambik buku, tutup muka, buat-buat macam baca buku, lepas tu terus masuk alam mimpi. Pernah sekali warden bertugas lalu dari belakang menyentuh bahu saya. Saya terkejut dan tertanya-tanya macam mana dia boleh tahu saya tidur ni? Rupa-rupanya...

"Awak tolong kejutkan kawan sebelah awak tu" katanya. Tersengih-sengih saya kejut kawan saya, sedangkan tadi saya pun tertidur juga, warden tak perasan malah suruh saya kejutkan orang pula. Tersengih-sengih lah saya macam kerang busuk satu malam tu.

3. Team work on test.

Official statement: Saya tak pernah meniru atau bagi tiru dalam peperiksaan. Heheh. Tapi team work pada homework tu pernah lah. Terutamanya bile kami baru pulang dari kampung halaman. Nakal juga saya ni rupa-rupanya masa sekolah dulu. *Maafkan saya guru-guru*

 Dzureen Darwis.

2 Komen:

Hafiza AizZawa berkata...

biasela zaman persekolahan.. semua org pernah mengalami zaman nakal...

Tinta Lana berkata...

Assalamualaikum.

Hehe, i do believe, stiap org ada kenakalan masing2 waktu sekolah dulu. Beza level je. Cam akak, pernah kena berdiri ats krusi, kena denda tulis 500x 'saya tak buat lgi..." sbb tak join perhimpunan..hehe

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*