Berdiam Diri

Assalamualaikum :) 
nota: gambar bukan milik saya

Saya akui saya mudah mengeluarkan kata-kata kesat apabila marah. Seorang kawan perempuan yang selalu setia mendengar semua rintihan dan keluhan saya. Selain itu, apabila berborak kosong, saya gemar melawak dan kadang-kala tanpa saya sedari menyinggung perasaan orang lain.

Disebabkan kerap menyakiti hati orang lain, semakin saya membesar, semakin saya cenderung untuk mendiamkan diri. Alhamdulillah, hadis di atas menyokong tindakan saya. Maka benarlah apa yang saya buat in shaa Allah.

Beberapa minggu yang lalu saya dihampiri beberapa rakan yang bertanyakan apakah punca saya mula mendiamkan diri? Saya menyatakan yang saya memang suka berdiam diri namun dibantah mentah-mentah oleh mereka.

Kata mereka saya dulu tidaklah sependiam ini. Ada sahaja teletahnya. Saya hanya menjawab, ada masa-masa tertentu saya banyak cakap tapi sehari-harian saya di kampus saya cenderung untuk berdiam diri. Ada juga yang mencungkil sedalam-dalam punca saya berdiam diri.

Apabila saya menerangkan hal yang sebenar, mereka menegur, saya perlu jadi diri sendiri. Berdiam diri tu, diri saya lah kan? Hehe entah lah mungkin juga ikut mood kot? Mana yang saya rasa boleh membawa kepada keburukan, saya hindari tapi kalau kebaikan saya buat lah in shaa Allah.

Dzureen Darwis.

7 Komen:

Ayuni berkata...

bercakap bila perlu dan berfikir sebelum bercakap....

Hafiza AizZawa berkata...

diam lebih elok dr berkata-kata..

Qaseh Wee berkata...

yg ptg diam itu tak kacau org ...

Nastyna berkata...

kalau mmg jenis banyak sangat mulut sampai orang pun jengkel, better la cuba2 diam sikit, tak salah berubah untuk kebaikan. I dulu pun suka cakap so selalu la kuar yg mengarut, skang suka mengarut kat blog pulak. adehh.

Aku Penghibur berkata...

janganlah sampai jadi awkward moment :) diam dari pekara lagha is good :) kalau lecture tanya, kawan2 tanya diam sediamnya itu pelik

Pha Is berkata...

"dibantah mentah-mentah "..? hahahah..

mungkin diorg tak kenal siapa diri Dzureen seperti yg diorang sangka..

sYiRa LoKMaN berkata...

bercakap bilaa perlu

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*