Kem Motivasi Kampung Muhibbah 2013

Assalamualaikum :)

Bulan lepas saya ada join satu program universiti, atau khususnya Kelab EFact Curtin yang bertempat di Kampung Muhibbah. Ketua program mengarahkan kami menunggu di tempat hentian bas pada jam 6.30 dan saya dengan penuh perasaan tak malu tiba di tempat yang dijanjikan sejam kemudian. Mujur mereka belum bergerak.

Malah saya sempat lagi nak minum sekotak susu untuk mengisi perut yang lapar gila. Sebagai seorang perempuan, perasaan ingin diambil gambar membuak-buak di pagi hari sementara menanti orang-orang dari Kampung Muhibbah datang mengambil kami.


Apabila kami tiba terlebih dahulu kami berkumpul dan berbincang tentang program. Kami semua ditempatkan di dalam sebuah rumah. Kami berkongsi empat bilik yang pada saya cukup selesa. Rumah kampung yang sagat besar dan luas, mestilah selesa kan? Rumah ni rasanya tiga kali ganda besar dari rumah sewa di Curtin Villa.

*Tak suka lah sebab tak pose*


Ini merupakan kem pertama saya sebagai ahli EFact maka saya lebih kepada mengikut arahan dan meniru perbuatan orang lain. Saya tak tahu mana yang patut dan mana yang tidak. Kebanyakan kawan-kawan yang lain pula sudah berpengalaman memandangkan mereka mula aktif sejak semester pertama mereka di Curtin.


*Kutu atas jambul atas burung atas sarang atas ranting atas dahan atas batang atas pokok atas rumput atas bukit. Cantik kan saya lukis? hehehehe*


*Spider web warna merah jambu. Cun kan?*


*Dengar kata budak-budak ni ek*


Lasak betul budak-budak ni bila bermain. Takut betul. Yang perempuan pun sama lasak. Kalau kalah ada pula yang menangis akibat semangat kesukanan yang terlampau tinggi dan keinginan untuk menang yang membuak-buak.

*Apa yang 9 tu entah le*


*Bangunan saya hik3*


Meronda-ronda sekitar kampung menaiki *er apa nama kenderaan ni ye? Hilux ke?* kenderaan ini sangat lah menarik tapi menggerunkan juga. Bandar betul sampai takut nak naik benda-benda macam ni. Macam mana lah nak hidup ni Zureen oi.

*gambar ternganga pun cameraman hambek*


Begini lah gayanya nak menghiburkan hati kanak-kanak sekolah rendah. Gaya kena ada. Tapi still kenapalah cameraman hambek gambo ternganga tu ek hehe. GAMBAR-GAMBAR NI SEMUA SAYA AMBIL DARI CAMERA OFFICIAL KEM NI.

Kumpulan Saya :D

Semua faci selepas tamat program

sebelum balik

Secara overall saya sangat sukakan kem ini. Pada saya kem ini lebih kepada macam percutian family outing bagi kami kerana environment kampung yang sangat segar dan kanak-kanak yang sangat ceria. Makanan jangan cakap lah, kalah hotel lima bintang. Sedap gila!


*Muka penat selepas habis program*


Dzureen Darwis.

3 Komen:

N.Aima K berkata...

semua pun happy alhamdulillah

TelingaBulat berkata...

best nye ;)

Pha Is berkata...

"*Kutu atas jambul" tu lagu kan..? hehe

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*