Melilit Tudung a.k.a Pashmina atau Selendang

Assalamualaikum :)
nota: gambar bukan milik saya

Baru-baru ini saya ditegur oleh seorang kawan lelaki. Dia bertanya, kenapa saya selalu pakai tudung berlilit-lilit? Masa dia tanya tu kami sedang ada kem di sebuah sekolah menengah. Kami bermalam di sekolah tersebut menyebabkan saya membuat keputusan untuk membawa tudung-tudung yang tidak perlu digosok. Maka tudung bawal out of list.

Ramai kawan-kawan lelaki di sini yang tak berapa suka perempuan pakai tudung lip lap lip lap sana sini lilit sana lilit sini. Apatah lagi yang mengenakan contengan pada mata atau bibir. Tidak semua tapi kebanyakan yang menegur menyuarakan pendapat sedemikian.

Apa-apa pun, yang penting adalah menutup aurat, waima memakai kotak sekalipun. In shaa Allah. Personally, berkaitan dengan komen kawan lelaki saya tu, kalau tabarruj mungkin saya patut kurangkan kot melilit-lilit ni? Yeke?
 Dzureen Darwis.

4 Komen:

Ayuni berkata...

yg penting tutup aurat....

Jiha berkata...

asalkan tudung yg dikenakan mengikut syariah eg: tidak jarang,menutup dada tak kisahlah mcm mana pun nk cara pemakaiannya..nk lilit boleh,nk tangkup bleh, mana2 pun bleh..

Haryati Faizal berkata...

camtu pulak ye...tp yg penting kita tutup aurat kan...

Pha Is berkata...

kotak pun boleh..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*