Adakah anda memohon biasiswa MARA?



Hari ini 18 Disember. Lagi sepuluh hari sebelum sibuk dengan kerja kahwin. Semalam ramai kawan-kawan yang mesej dan tegur bertanyakan keputusan peperiksaan tapi keputusan peperiksaan belum keluar sebab tak bayar yuran lagi. Hehehe. Nak buat macam mana, kena tunggu MARA lah juga by hook or by crook. Eh ye ke aku eja ni? Hari ini nak cerita pasal Bantuan Penganjuran Pelajaran (BPP) MARA ni. Ceritanya pasal elaun dan yuran. Bila dan bagaimana elaun dan yuran tiba ke tangan ku ini. 

Julai 2012 (Semester 1 Foundation)

Masa baru-baru nak masuk Curtin hari tu nasib baik saya ambil Bantuan Pinjaman Pendahuluan Pelajaran sebanyak RM2000 daripada MARA. Bantuan ini berbeza daripada BPP. Pendahuluan ni dapat sekali je seumur hidup untuk bantu set up prepare nak masuk IPT buat pertama kali. BPP pula menanggung saya sepanjang pengajian 4 tahun.


Saya masuk belajar bermula bulan Julai sehinggalah bulan November. Sehari sebelum berakhirnya semester 1 pada bulan November baru lah cek MARA yang sepatutnya menjadi elaun sepanjang semester 1 tu tiba ke tangan.

March 2013 (Semester Foundation 2)

Untuk semester 2 ni, elaun berjalan lancar. Setiap 1 hari bulan bermula bulan Januari, elaun sebanyak RM430 sebulan dimasukkan terus ke Bank BSN saya. Masa tu fikir semuanya akan berjalan lancar, tapi seminggu sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan, baru lah pihak Curtin memaklumkan yang MARA belum membayar yuran saya sejak Semester 1. Maka keputusan digantung.


Keadaan menjadi huru-hara. Saya mula menjalinkan hubungan yang sangat akrab dengan pegawai MARA yang in charge. Hampir setiap hari telefon dan emel. Keadaan sangat huru-hara tak dapat dibincangkan dengan kata-kata. Tapi alhamdulillah akhirnya semua berjalan lancar. MARA akhirnya menjelaskan bayaran yuran untuk kedua-dua semester yang telah berakhir. MARA bukan taknak bayar cuma terlambat bayar.

Julai 2013 (Semester 1 Tahun 1)

Seperti yang dijangkakan, elaun semester pertama mesti akan lambat sikit. Jadi dah prepare sikit-sikit sebagai bekalan cukuplah buat makan, Itu pun ada yang meminjam. Kali ini, semester dah habis, masih belum dapat elaun. Yuran jangan tanyalah kan. Duduk goyang kaki kat rumah dah dua hari baru elaun masuk. Maka berjimba lah dengan elaun yang diberi. Hihihi.


Tapi elaun tu macam kurang RM600 tau, bila telefon MARA rupa-rupanya dia dah tolak siap2 RM100 setiap bulan untuk langsaikan hutang pendahuluan dulu-dulu. Terus rasa lega, dalam setahun lebih sikit nanti habis lah hutang pendahuluan. Syukur. Seminggu lepas dapat elaun secara bank in, tiba-tiba saya menerima sartu cek dengan jumlah yang sama seperti yang di bank in kan.


Memang sah selepas telefon pegawai MARA, mereka terbayar double elaun saya, Hihihi. Kiranya elaun untuk sem depan dah masuk semua, terpaksalah mengawal nafsu melihat baki duit banyak tapi tak boleh guna, Kang tak pasal-pasal duduk Miri makan biskut kering cecah teh hari-hari pula.


Sehingga hari ini, yuran belum dapat tapi memandangkan cuti berbaki dua bulan jadi rasanya tunggu je lah sambil berdoa. Buat mereka yang baru sahaja memohon scholar MARA selepas SPM dan dapat scholar tu, sentiasalah prepare duit poket lebihkan untuk 1-2 bulan ke just in case elaun masuk lambat juga. Yang penting bersyukur lah dapat bantuan. Ingat tu. Sekian terima kasih.

5 Komen:

Mime MF berkata...

sy pun pinjam dgn mara..lambat tu normal la..hehe mmg kn prepared duit sndr dulu sblm merasa duit MARA..:)

Qaseh Wee berkata...

mcm x cukup kakitgn jer la MARA ni kan ...

Pha Is berkata...

nice share.. boleh dijadikan pedoman buat mereka y gnk apply biasiswa mara..

Hafiza AizZawa berkata...

bgs kongsikan.. tapi Fiza dulu tak dpt pinjaman nie...

ikhwan yusuff berkata...

perkongsian yg baik....salam kenal folow sini..:D

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*