Minggu Rewang




Hari ini Zue update entri pakai phone saja maka entry menjadi sedikit ringkas. Minggu lepas memang sibuk sikit. Cuma sempat nak bersegmen saja. Itu pun pada tengah malam. Kalau segmen terlalu panjang terpaksa siapkan dalam masa 2 hari. Kadang kala penganjur terpaksa ingatkan supaya tak lupa nak selesaikan semua syarat yang telah ditentukan. Sorry ye penganjur sekalian.

Jumaat lepas Zue teman Mak buat 10 buku kek untuk majlis perkahwinan Aunty semalam. Jadi semalam super sibuk sampai tak sempat nak tengok phone pun sebab mengapit pengantin perempuan. Disambung pula hari ini kenduri sebelah pengantin lelaki. Tapi hari ini jadi tetamu saja lah hehe. Baru lah rasa lega sikit bila jadi tetamu ni. Lagi satu, hari ini juga merupakan hari jadi Mak yang ke 41.

:)

Pejam celik pejam celik kita dah pun menghampiri penghujung 2013. Rabu ni adik-adik akan mula bersekolah sebab Johor tak cuti 1 hari bulan. Jadi lepas ni tinggal lah Zue dan Mak berdua saja di rumah bila adik-adik bersekolah. Tu pun macam ada plan nak kerja tahun depan. Nampaknya mungkin Mak tinggal seorang saja di rumah seperti biasa. Cuti semester berbaki kurang dua bulan je pun. Good night readers (:


2 Komen:

ikhwan yusuff berkata...

hppy bday untuk mak Zue

usha sikit:hilangkah damai itu?

Gee Lion berkata...

10 buku kek? manyaknyerr...

selamat tahun baru masihi cik belog.. ^^

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*