MRSM Kenapa Aku Berhenti Belajar Silat



AMARAN: Entri panjang gila tanpa gambar.

Sejak menonton kejayaan pesilat Malaysia di Sukan SEA hari tu, saya teringat cerita masa sekolah dulu. Masa Tingkatan Satu dulu, saya belajar untuk membuat keputusan. Jadi salah satu keputusan yang nak kena buat sendiri adalah nak masuk Sukan, Kelab dan Unit Beruniform apa.

Setelah tekad dengan semua keputusan, pada hari pendaftaran Kelab, Sukan dan Unit Beruniform, kami pun pergi lah mendaftar di persatuan yang diidami. Masa tu berangan nak masuk pengakap sebab sebelum masuk MRSM, di TIGS dulu masuk pengakap. Tapi di sekolah baru ni pengakap cuma untuk budak lelaki.

Kemudian saya bercadang nak mendaftar Kadet Polis. Disebabkan membuat keputusan agak lewat, pendaftaran Kadet Polis sudah pun penuh. Jadi seminggu atau dua minggu lepas tu, baru lah ada kekosongan, itu pun Unit Beruniform silat. Masa sekolah dulu, nak join Taekwando pun mak tak bagi sebab "lembut" sangat.

Tapi nak buat macam mana, itu saja yang tinggal saya pun daftar je lah. Ok lah setiap hari Rabu kami training petang-petang, ditambah pula abang-abang silat yang hensem. Huahuahua budak Tingkatan Satu memang macam tu. Eksaited nampak abang-abang ni. Lagi lah kalau masa sekolah rendah dulu sekolah perempuan, jadi macam kejutan budaya gitu.

Tu dia introduction 3 perenggan. Goodjob Dzureen. Huaaaa

Masa Tingkatan Satu dulu, pernah sekali semasa training silat, guru yang mengajar silat tu mengumpulkan kami  duduk ramai-ramai. Lepas tu dia perahkan limau purut dalam mata. Mak oi jangan tanya lah rasa apa mata tu. Mestilah sakit gila. Kata guru tu kalau yang rabun tu nanti elok lah sikit power mata tu.

Lepas kejadian tu, petang tu kami disuruh mandi menggunakan limau juga Lepas mandi, buang kulit limau di tali air. Ok ni first and last lah saya buat kerja-kerja macam ni. Kalau nak diikutkan saya memang tak minat dengan kerja-kerja sebegitu. Oh so scary. Nasib baik time tu bodoh, ikut je apa orang cakap, kalau tak rasanya dah lari dah.

Selepas upacara tu, power mata tak de lah elok tapi mata ni duk nampak benda yang bukan-bukan je. Bahasa senangnya nampak hantu lah. Kadang-kadang rasa macam aku ni dah gila ke ape? Stress nak nangis sebab nampak benda yang orang lain tak nampak. Kadang-kadang tu, kalau ada nampak kawan lalu lalang, dua tiga kali kawan tu lalu lalang macam kaset rosak padahal dia lalu sekali je.

Tu belum yang nampak hantu sana-sini. Nak tidur malam pun ada hantu juga duk mengacau. Yang tumpang nyanyi-nyanyi dalam bilik petang-petang pun ada. Siap ter rakam dalam voice recorder lagi lagu Langit Ketujuh dia nyanyi. Lepas tu kami satu bilik demam gilir-gilir teruk gila demam.

Sampai lah pada suatu hari, budak-budak lelaki balik solat Jumat heboh kata tadi masa solat Jumaat ada informasi kata Silat ***** ****** ******** tu telah diharamkan di Malaysia. Tak lama lepas tu kami pun tukar guru. Tukar kepada silat lain pula. Tapi akibat trauma yang gegila, bila naik menengah atas, saya pun tukar lah ke kadet polis yang diidam-idamkan masa Tingkatan Satu tu.

Wallahualam.

3 Komen:

Dhia Dirham berkata...

takutnya bila boleh nampak hantu

Niena Reen berkata...

Alamak.. Sampai cenggitu eyh. Tapi saya macam minat ja nak belajar silat hah...

Tanpa Nama berkata...

nasib badan terkena silat begitu.. disebabkan garam segenggam habis satu kawah terasa masinnya

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*