Rezeki Takkan Nak Tolak Pula



Alhamdulillah sejak kebelakangan ini murah rezeki topup hahaha. Sejak kehilangan phone kelmarin seperti mana yang diceritakan dalam entri yang bertajuk Hilang Handphone, Zue pun gunalah phone Nokia capuk zaman dulu-dulu tu dulu kan just in case nak kol sana-sini.

Tup-tup ada lah dalam 2 minggu tu hampir setiap hari bila bangun tidur dalam free kredit RM3. Ayat dia lebih kurang macam ini "Tahniah, anda telah menerima kredit percuma sebanyak RM3." Hampir setiap hari. Tak lama lepas tu dah tak ada dah dapat macam tu lagi.

Baru-baru ini dapat lagi kredit percuma tapi kali ni nilainya RM15. Dua kali Zue dapat nilai yang sama menjadikan total free kredit dalam RM30++.  Lepas tu berakhir lah kehadiran kredit-kredit percuma dalam hidup buat setakat ni. Kalau nak bagi lagi I terima dengan hati yang ikhlas.

Petikan entri Yan

Dan hari ini thanks to Yan and random.org sebab menambahkan lagi rezeki topup saya. Muehehehehe. Tak sia-sia phone hilang. Rasa-rasa macam boleh balik modal juga ni tak lama lagi. Haha itu je lah yang nak diceritakan hari ini.

6 Komen:

Khir Khalid berkata...

Alhamdulillah.. murah rezeki.. Tahniah.. :)

Gee Lion berkata...

Alhamdulillah, hilang yg lain Allah gantikan yg lain (:

aisya berkata...

alhamdulillah. rezeki. :)

NinaAz berkata...

Dia tarik satu nikmat, Dia bagi nikmat yang lain kan. hehee
rezeki tuuu. btw. selamat tahun baru. happpy2 selalu yeaa!

Invisible Me berkata...

Tahniah :)

TelingaBulat berkata...

murahnye rezzeki die..alhamdulillah ;)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*