Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com




Kenapa Aku Jadi Blogger? Sebenarnya tak berapa nak ingat bila saya start blogging tapi dulu-dulu blogging main-main je, kejap ada kejap tak ada. Lepas tu bila masuk IPT selepas SPM, pertama kali duduk berjauhan dengan Mak jadi Mak request untuk buat satu blog khas untuk report segala macam aktiviti yang dilakukan di Miri, Sarawak. Jadi satu blog baru dibuka. Selepas membuka blog baru, blog lama pun dihidupkan semula, blog yang ini lah, di mana entri ini ditulis.

Saya start rancak menaip di Blogger.com apabila saya mula ingin berubah. Daripada seorang yang bercakap tak henti kepada seorang yang lebih pendiam. Kenapa? Sebab bila banyak berkata-kata, banyak dosa dibuat tanpa disedari. Banyak bercakap kadang-kala ada kecilkan hati orang. Ada kalanya bercakap kosong dan ada juga bergosip. Orang pun naik menyampah kalau kita cakap macam tin kosong.

Jadi bila dah pandai menutup mulut, kurang becakap berbanding dulu, kepala ni asyik menyusun kata tapi mulut pula tidak berkata-kata. Jadi kata-kata yang disusun tu saya gubahkan dalam bentuk penulisan yang tidak seberapa ini. Yang penting entri-entri disimpan untuk diri sendiri. Bila diri mula meningkat dewasa nanti, pasti ada tertawa kecil membaca entri zaman budak-budak dulu.



4 Komen:

Aku Penghibur berkata...

alhamdulilah.. terima kasih kerana sertai segmen ini ^_^ kisah yang menarik kenapa jadi blogger

Sobri Yaacob berkata...

salam kenal.. sama dtg dripda segment acik..
owh rupanya mula2 at blog nak report kat mak he..he

Syuhada Baharudin berkata...

salam perkenalan..

datang singgah dari segmen yang sama.
follow done.
semoga berjaya.

http://www.syuhada1981.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

Mawardi Yunus berkata...

salam gud luck awak, nak ajak join kontest kt blog saya pula. :) , peluang nak menag service like fanpage , businesscard n banyak lagi . masa dh tinggl 5 hari je lagi huhu http://www.mawardiyunus.com/2013/12/pelancaran-kontes-u-blogger_7.html

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*