What's Up?



Hari ni rasanya dah masuk tiga minggu saya berada di semenanjung Malaysia. Selepas habis peperiksaan akhir sm semester bulan Nob November yang lalu, seminggu lepas tu saya pulang ke Johor. Cuti kali ini tak kerja sebab keluarga tengah kalut-kalut buat persediaan untuk majlis perkahwinan aunty.

Ada lah juga saya berjimba-jimba di Kuala Lumpur dan juga di Bandar Batu Pahat yang tercinta ini. Jupa Jumpa kawan-kawan lama, dan juga keluar jalan-jalan dengan adik kandung sendiri. Rasanya itu lah first time keluar jalan-jalan dengan adik sendiri. Tak sangka adik-adik dah besar sekarang.

Kebanyakan hari diluangkan di rumah. Kami ada kucing baru, tak pasti apa namanya sebab Mak panggil Domok tapi adik-adik pula panggil Maru. Tak kisah lah yang pasti menghibukan menghiburkan lah juga. Hampir setiap hari muatnaik gambar kucing di Instagram.





COmel Comel kan? Memang di bantal merah tu lah tempat kegemaran dia. Cukup bising dan lincah. Dekat rumah ni kucing datang dan pergi. Satu hilang sepuluh datang. Hehehe tapi kalau kucing ni nak stay terus pun tak apa dipersilakan. Setakat ini tu je lah yang saya buat cuti ini.


2 Komen:

Qaseh Wee berkata...

ala la ... comelnya . kg saya lak , org suka buang kucing kat depan umah . Kakak saya suka jer bela kucing sbb melimpahkan rezeki ...

Pha Is berkata...

alahai comel je kucing tu..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*