2013 Dalam Kenangan


Gambar dari sini


Alhamdulillah tahun 2013 telah pun sampai ke penghujungnya. Banyak pahit manis yang berlaku sepanjang 2013 ni. Yang pasti, sepanjang tahun 2013 ni, merupakan tahun pertama saya fully berdikari tanpa sebarang kekangan dari family. Family tak halang nak buat apa pun dan keputusan pun kena buat sendiri. Rasa macam berat lah juga cabaran tu. Untuk buat keputusan sendiri.

Tahun 2013 juga penuh dengan aktiviti yang menarik sebab start 2013 baru saya rajin nak masuk kelab-kelab di kampus. Macam-macam aktiviti yang disertai. Sebagai contoh, pergi buat mentoring di rumah anak yatim sebulan sekali. Yang paling banyak jadi faci untukkem-kem budak sekolah.

Semasa bulan 1-6, masih di Foundation jadi beban belajar tu kurang sikit tapi bila dah masuk degree, beban tu agak lebih berat sikit. Pada pertengahan tahun juga saya mempunyai beberapa konflik bersama pegawai MARA dan pegawai Curtin. Tu antara benda yang paling sakit lah untuk tahun 2013.

Benda paling bahagia pula adalah majlis perkahwinan aunty saya. Alhamdulillah dia bertemu jodoh. Saya menumpang gembira atas kebahagiaan yang dia kecapi. Dan yang paling bahagia pula dalam majlis tu sebab saya jadi pengapit. Kenapa bahagia? Sebab banyak dapat interframe gambar pengantin. Hik hik hik. 

2 Komen:

Gee Lion berkata...

selamat tinggal 2013.. yg indah jadikan kenangan, yg buruk jadikan tauladan.. gitu, berperibahasa lah pulak..

sYiRa LoKMaN berkata...

pasti merindui 2013 :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*