Diam



Sebelum bercakap, fikir dahulu. Orang yang pendiam ni biasanya lebih disegani dah dihormati kalau kena tempatnya. Orang yang banyak cakap ni kadang-kadang kita naik menyampah pula bila cakapnya tak berhenti.

Saya ada seorang kawan. Suatu hari dia datang berkumpul berbual-bual sesama perempuan termasuk saya. Dalam perbualannya dia menceritakan soal kawannya yang mempunyai masalah. Masalah kejutan budaya. Jadi kawan saya ini ceritakan setiap inci keburukan kawannya itu sehingga saya jadi kurang senang dengan bunyi perbualan.

Apabila kami yang lain menyampuk untuk memberi alternatif bagaimana untuk membantu kawan kepada kawan saya itu, dia menyambung cerita keburukan kawannya yang terkena kejutan budaya. Semakin saya kurang senang. Dia menaikkan cerita bukan untuk meminta pendapat kami bagaimana untuk menyelesaikan masalah, tapi lebih kepada sekadar perkongsian.

Semoga mereka yang bergelar sahabat saya tidak bercakap di belakang saya kecuali dengan niat ingin membincangkan apa yang terbaik untuk menegur saya. Yang lebih baik adalah dengan menegur saya terus, kalau saya tak terima apa yang dinasihati, barulah mencari alternatif lain. Harap-harap tiada yang menceritakan keburukan sekadar perkongsian saja-saja begitu. Wallahualam.



1 Komen:

Vee Sandi berkata...

tu dah jadi mengumpat tuh . wpun bkn atas kehendak kita , tetap dpt dosa juga ...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*