Entri Susulan WW#17




Berkenaan gambar parcel yang saya postkan semalam sebagai entri Wordless Wednesday yang ke 17, saya ingin bercerita sedikit.

NinaAz bertanyakan "apa tu sis?"

Sebenarnya tu gambar parcel yang saya terima dari UPM selepas keputusan UPU dikeluarkan. Alhamdulillah saya mendapat tawaran pilihan pertama saya, iaitu Asasi Sains Pertanian di UPM. Dengan harapan nak sambung ijazah dalam Matematik. Kalau tidak pun dapat juga kejar cita-cita zaman sekolah tadika dulu, iaitu Doktor Haiwan a.k.a Veterinarian.

+Gee Lion pula tanya "Curtin tu dimana pulakkk..."

Hehe kak Gee, sebenarnya Curtin tu di Miri, Sarawak. Memang ramai orang tak tahu. Selalunya kalau Zue kata Zue belajar kat Sarawak, mesti orang expect Unimas di Kuching. Sebenarnya saya belajar di Curtin Sarawak. Ada pula yang kalau Zue kata belajar di Curtin expect Zue akan transfer ke Curtin Perth, Australia tapi sebenarnya tak pun.

+Aku Penghibur pula komen bertanya "kenapa? apa yang jadi?"

Sebenarnya macam ini, selepas keputusan biasiswa MARA dikeluarkan, tiada sebarang berita yang Zua dapat ke mana-mana dengan bantuan biasiswa. Lepas tu dapat tawaran Matriks di Perlis dan Asasi di UPM. Maka pada pagi hari yang nak pergi buat medical check up untuk daftar ke UPM esoknya, terima panggilan telefon dari Curtin memaklumkan yang MARA akan taja saya di sana. Terus letak borang Xray apa tu semua dan cancel rancangan nak buat medical check up. Muehehe

Sebenarnya saya agak teragak-agak untuk pilih Curtin ni tapi hari ini saya benar-benar berterima kasih kepada Allah kerana menjodohkan saya dengan Curtin ni. Dan akhir sekali, kepada Aisya, katanya "kenapakah? dekat sgt dah sy dengan Curtin tu.. dulu selalu jugak ke situ sebab cousin study kt Curtin, hantar dan ambik dia.. :)" Jom lah kita berjumpa di Miri nanti ye hehehehe itu pun kalau awak masih ada di sana :) :)


5 Komen:

Mime MF berkata...

oh smbg pengajian la ni ye? apa pun all the best okey! :)

Norhasniza Khalid berkata...

menjawab persoalan !..hihii

Boleh jenguk mama di sini.. Mamaniza.com

Khir Khalid berkata...

Ohh begitu rupanya.. :)

TelingaBulat berkata...

lohh rupenye sambung belaja errr..bgus,,good luck ;)

ejulz berkata...

gud luck.. :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*