Harapan 2014

2012


Tahun baru tidak asing dengan azam baru. Masa Darjah 6 dulu berazam nak dapatkan 5A dalam UPSR. Pada hari terakhir persekolahan akhirnya keputusan dikeluarkan dan Alhamdulillah dapat 5A. Begitu juga semasa sekolah menengah. Masa menengah rendah berazam nak dapatkan 8A dalam PMR dan dapat juga.

2011

Masa menengah atas pula, azam untuk mendapat 10A tidak dapat dicapai. Masih terbayang-bayang saat terasa bagai memasuki alam kejatuhan. Lepas dapatkan keputusan SPM, pusing pandang Mak dan Abah yang muka masing-masing menunggu saya mengumumkan keputusan. Dengan sedih jawab ada satu B dan Mak senyum je menerima keputusan.

Senyuman Mak lah yang membangunkan saya kembali. Abah pula memang tak kisah. Kehidupan masa sekolah dulu memang berorientasikan tiga peperiksaan besar tu saja. Sehingga azam tahun baru pun sama saja. Tahun ini saya tak pasti apa yang perlu diletakkan sebagai azam tahun baru. "Azam tahun baru" macam terlalu old school pula.

2010

Cuma apa yang saya nampak dalam perancangan adalah satu lagi tahun yang sama seperti tahun lepas, kebanyakan hari berada di Miri meneruskan pengajian di Curtin. Hampir setiap hari menuju ke kampus. Kadang kala pergi ke kem atau lawatan sana-sini dan kerap terbang semula ke Johor.

Beserta entri pada hari ini, disertakan beberapa gambar skema saya masa sekolah menengah dulu. Hehehe saja nak mengimbau kenangan lalu. Zaman-zaman comel dulu. Kanak-kanak riang yang tak matang, banyak menghabiskan zaman persekolah bersama rakan sebaya. Ah, kenangan lama.

2009

15 Komen:

Hafiz Hafizol berkata...

semoga harapan untuk 2014 awk tercapai :")

Dhia Dirham berkata...

zaman sekolah la paling happening.. seronok giler! tak payah fikir masalah. :)

Yumida Huda berkata...

moga thn baru membawa byk pengertian buat kita
comel kucing itam tu

Aku Penghibur berkata...

moga harapan 2014 tercapat..wahh pandainya dia

Naniey Jemiey berkata...

semoga harapan menjadi kenyataan yaa dik..

Hafiza AizZawa berkata...

azam tu yg buat kita cuba untuk mencapai apa yg dihajati.. semoga azam Dzureen kali nie tercapai...

Barista My berkata...

Hai, Selamat berkenalan. Ini blog baru, kalau sudi jom berkenalan disini : Segmen Suai Kenal Peminat Kopi

Invisible Me berkata...

Eh, mrsm. Mrsm mana?

Dzureen Darwis berkata...

MRSM Batu Pahat :)

ANAK ITIK berkata...

Yesterday is History, Tomorrow is a mystery!

Mime MF berkata...

hehe zaman sekolah dulu mcm2 kenangan..bila tgk balik gambar2 time tu la nk gelakkan muka sendiri..:P

ejulz berkata...

Gud luck.. :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

wah.. bijaknya adik.. pelajar cemerlang.. akak doakan semoga adik terus berjaya di masa akan datang.. menabung ikea.. :D

aisya berkata...

all the best utk tahun 2014.. hopefully tercapai segala azam dan harapan utk tahun ini. :)

Khir Khalid berkata...

Semoga tahun ini membawa lebih kejayaan & mencapai segala yg dihajati dgn penuh kecemerlangan serta keberkatan... aamiin..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*