Isu Kangkung Yang Menjadi Trending




Semasa isu kangkung menjadi trending, saya sedang bekerja dan langsung tidak tahu menahu tentang apa yang terjadi. Kiranya lambat up to date juga lah saya ni kan. Haha sebab masa kerja tu memang tak sempat langsung nak buka phone.

Bila balik dari kerja malam tu, rasa pelik pula tengok orang duk update status pasal kangkung. Takkan lah kebetulan pula 2-3 orang cerita pasal benda yang sama pada hari yang sama. Bila google, baru lah paham.

Namun, saya tak ada update status facebook twitter dan sebagainya mengenai trending ini sehinggalah pada keesokan harinya, bila saya terbaca kisah itu di BBC News. Saya memang baca BBC News setiap pagi sejak belajar Economics tahun lepas tak sangka isu sedemikian boleh kecoh sampai ke BBC News World.

Malaysia's prime minister is being widely lampooned on social media for a comment he made about the price of kangkung, or water spinach. sumber: #BBCtrending: Be careful what you say about spinach
Sehari selepas artikel di BBC dikeluarkan, mula kecoh di Twitter mengatakan ada yang tak dapat nak view artikel tersebut. Wallahualam tak pasti kenapa, tapi ada yang kata kerana berita tersebut disekat dari masuk Malaysia selama beberapa jam sahaja. BBC News menulis satu lagi artikel menceritakan artikel sebelumnya telah disekat di Malaysia. 
 A BBC Trending article about the lampooning of Malaysia's prime minister on social media was blocked in Malaysia for several hours on Wednesday and Thursday. sumber: #BBCtrending: #Kangkung spinach blog blocked in Malaysia
p/s: Pada pendapat saya, isu ni tak ada apa pun sangat cuma mungkin cara orang menyampaikan melalui gambar, video dan lagu menyebabkan benda ni menjadi viral. Lama kelamaan isu ni mesti senyap punya. 

p/s: Ada yang mengaitkan isu ini dengan politik? Maaf saya masih tak cukup umur untuk mengulas soal itu dan kalau dan cukup umur pun mungkin tak akan mengulas. I am not a political viewer yang petah mengeluarkan pendapat and so on.

p/s: Orang lain dah habis cerita pasal isu ni, saya baru nak update entri. Hahaha lambat sikit takpe kan?

p/s: Berapa banyak p/s daa.... 

4 Komen:

NinaAz berkata...

Cpt sgt trending skg ni. Tp biasalahkan. Kejap2 g hilang la tu. Timbul yg lain pulak

Yumida Huda berkata...

aah kan..kecoh..macam2 versi ada..
kesian pulak kat PM..
aah nanti2 pasti akan dilupakan..benda tgh hot n menjadi viral tu la heboh sana sini
makasih bebyk sudi komen entry yumida byk2..terharu..thanks tau...moga dipermudahkan segala urusan dzureen..selamat hari jumaat :)

cik kiera berkata...

Haa, kan BBC dah tahu, ayokk . kiera dah tahu pasal benda nie, cuma malas nak ambil peduli. Apalah, pasal kangkung pun heboh . kelakar je . huhuhuhu

Iklan Kangkung berkata...

Isu kangkung amat melucukan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*