Minggu Kasih Bertaut

Nampak mata lebam? Tak ada siapa yang tumbuk. Hahaha



Isnin lepas Zue dah pun mula membantu nenek di kedai makannya sementara cuti semester masih berbaki ini. Hari Ahad dah patut mula sebenarnya tapi disebabkan Zue pergi Klinik Gigi hari Ahad jadi Zue mula hari Isnin. Nenek memang tengah kekurangan pekerja sekarang ini. Kurang satu je sebenarnya jadi Zue datang membantu.

Hari Rabu dah MC. Nampak mengelat di situ? Kerja dengan family sendiri pun dapat MC juga. Mula-mula gagahkan diri juga nak membantu. Sempatlah kupas kerang 5 kilo sebelum muntah-muntah dan terus lemah. Sakit apa? Sakit orang perempuan. Hiks malu nak cakap. Paham-paham je lah.

Rabu tu siap balik rumah mak lagi berehat seharian sebelum esoknya kembali bertugas. Sepanjang bekerja dengan nenek ni Zue tak balik rumah kecuali hujung minggu. Tu yang tak dapat nak blogwalking tu. Hujung minggu baru Zue jalan-jalan. Kalau macam nak makan gaji sekejap sempat lah online guna phone.

Sabtu lepas pula Zue pergi UTHM teman mak dan adik program motivasi Tautan Kasih. Adik nak UPSR tahun ini jadi banyak lah program motivasi. Yang jeles tu, motivator tu umur 20 sebaya Zue tapi dah jadi CEO kau. Gila rasa tua dan meroyan seketika haku nih. Bila lah Zue nak jadi CEO ye? CEO blog pun boleh lah haha.

Nampak gayanya terpaksalah melayan entri auto publish lagi barang sebulan dua. Macam biasa, tekan play lagu Rindukanlah by Encik Mimpi di entri melekat kalau rindukan saya ok?

6 Komen:

Gee Lion berkata...

eh sampai muntah2 cik dzureen? hurm.. tak cek dokter ke?

Nao Mei berkata...

lembam mata mengalahkan ceo syarikat..hahaha...]
cik akak sekarang nie..jam 11 or 12 dah stop BW...

msredcheesecake berkata...

rajin tolong nenek.... calon menantu ni...hhee

Kathy R'bain berkata...

wah..bz nampaknya..

ikhwan yusuff berkata...

insahaaAllah...nanti bolehlah jadi CEO tu..hihihih..btw semoga cpt sembuh..

TelingaBulat berkata...

xckup tdo le tuh..biase la student mmg gitu..mcm tb jugak..sanggup stand up smpi hari esoknye..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*