Minggu Menunggu Nombor Giliran



Minggu ni Zue banyak pergi pejabat-pejabat awam dan kena ambil nombor giliran. Antaranya pergi buat passport di pejabat imigresen, teman mak buat IC di Jabatan Pendaftaran Negara dan pergi ke klinik haiwan

Tahun 2013 diakhiri dengan perjalanan dari Batu Pahat ke Mersing untuk menghantar adik kedua saya pulang ke asramanya. Masa nak balik tu, hujan lebat sangat, mujur tak sejuk sangat dalam kereta.

Lepas tu, pada awal 2014 tu pergi buat passport pula. Alang-alang dah duduk Miri ni nak juga ke Brunei. Selama ni duduk Johor tak pernah pula cerita nak ke Singapura tapi bila duduk Miri sibuk nak ke Brunei. Peer pressure agaknya :)

Dan tak lupa juga, kami hantar kucing ke klinik haiwan. Tu first time lah pergi klinik haiwan. Masa masuk tu bukan main sibuk nak bawa kucing dukung sendiri. Bila vet tu pegang jarum je, tak sanggup dah nak tengok. Haha

And lately ni pula, sakit gigi menyerang lagi. Cerita gigi gusi yang nak tumbuh sejak 2007 sampai sekarang tak habis-habis. Agaknya tak muat nak tumbuh sebab gigi besar mulut kecil. Hahaha makan panadol saja lah selain plan nak pergi klinik gigi.

Itu saja lah yang dibuat minggu lepas. Dan hingga kini, duk meringkuk sorang-sorang menahan sakit gigi. Huuuu


4 Komen:

puteri kasih berkata...

semoga cepat pulih sakit gigi tu :)

Naniey Jemiey berkata...

semoga dipermudahkan segala urusan yaa..

ejulz berkata...

bz betul.. hehe

Khir Khalid berkata...

Semoga dipermudahkan segala urusan & semoga cepat sembuh.. aamiin..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*