MRSM: Asrama di MRSM

gambar dari google image: Kredit


Ada lagi request bertanyakan tentang asrama di MRSM pula. Jadi kali ini Zue cuba tulis ringkas-ringkas. Mana yang tak paham boleh komen atau contact di Facebook ok. Mungkin ada para ibu atau murid2 sendiri yang duk google pasal ni. Untuk pengetahuan, ini asrama MRSM Batu Pahat. MRSM lain ada beza-beza sikit.

Bilik

* Satu bilik empat katil, empat locker, satu meja study panjang muat untuk empat orang.
* Katil biasa lah empat kaki, ada tilam, ada bantal, sarung bantal dan sarung tilam kena beli yang dijual di koperasi ada logo MRSM
* Locker masa zaman saya dulu (2007-2011) saiz tak ingat tapi bawah tu tempat gantung, ada para atas dia. Lepas tu kat luar boleh lagi nak letak2 barang atas locker tu.
*Meja dia menghadap tingkap. So kalau malam dah light off boleh la kalau nak study lagi, beli lah lampu study

Blok

* Tiga tingkat, bawah sekali ada dalam 7 bilik manakala tingat 2 dan 3 ada dalam 13 bilik kalau tak silap. Ni untuk blok perempuan. Lelaki tak ingat tapi rasanya lebih sikit.
*Setiap tingkat dilengkapi bilik untuk menggosok baju. Sekali gosok boleh 4 orang.
*Tingkat bawah tandas dia ada dalam 5 bilik air dan 3 shower. Tempat basuh baju pun ada dengan 2 singki besar. Singki biasa ada dalam 5
*Tingkat atas bilik air dan shower dia lebih sikit sebab lebih ramai penghuni.
*Setiap blok ada satu bilik stay up kalau nak study sampai lewat malam
*Setiap blok ada satu rumah warden. Rasanya sekarang ni diorang duk chas phone di depan rumah warden.

Keseluruhan

*Asrama lelaki ada 2 blok dan perempuan 3 blok.
*Kedudukan asrama lelaki dan perempuan saling menghadap dipisahkan oleh satu laluan dari asrama menuju ke blok akademik.
*Tengah-tengahnya ada surah, dewan makan, koperasi, dan dobi.
*Jalan kaki dari asrama ke blok akademik tak sampai 5 minit. Takde tangga ke apa ke nak menyampai ke blok akademik.

p/s: Walaupun saya dulu seorang pemimpin tapi selalu melanggar undang-undang di asrama. JANGAN contohi saya.
p/s: Lagi satu, gambar tu bukan dari MRSM Batu Pahat, tapi susun aturnya macam tu lah.

3 Komen:

Pha Is berkata...

duk asrama la best.. banyak kenangan. hehe

Nurfaezah Abdullah berkata...

rindu kenangan mase tinggal kat hostel huhu

Kathy R'bain berkata...

info yang baik ni..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*