MRSM Makan di Asrama

Gambar diambil dari page MJSC GAGS


 



Semasa di MRSM Batu Pahat dulu, tempat makannya adalah Dewan Selera. Masa Tingkatan 1 dulu, makan 6 kali. Sarapan pukul sebelum ke kelas, minum pagi pada waktu rehat, makan tengahari lepas balik sekolah, minum petang lepas prep petang, makan malam pukul 6 sebelum solat maghrib dan minum malam selepas prep malam.

Megi tu errrr kadang2 dalam bilik haha





Seminggu selepas duduk asrama, berat badan naik 13kg. Ini bukan cerita tipu ni haha. Yela masa sekolah rendah dulu tenaga banyak hilang bawak beg berat-berat tapi bila duduk asrama dari asrama nak ke kelas lenggang lenggok je. Semua buku tinggal kat asrama. Tu dulu lah, tak tahu sekarang macam mana.


Ada kalanya minum petang dimansuhkan, dan minum malam pula diberatkan sedikit sebab makan lima kali saja, so makan malam tu dia bagi lebih sikit. Dulu masa awal-awal masuk makan pakai tray. Kalau jatuh tu semua orang pandang sebab semua orang akan dengar. Huu malu gila.


Sarapan favourite saya ialah cereal, nasi lemak dan telur separuh masak. Minum pagi pula, suka kalau dapat mi sup. Untuk makan tengah hari, saya paling suka makan ikan keli. Padahal dulu tak reti pun makan ikan keli. Minum malam plak memang suka kalau dapat bubur. Kalau makcik tu baik sikit siap minta tambah.


Tapi masa tingkatan 3 diorang tukar. Orang lain pula yang jaga dewan selera tu dan kali ini makan pakai pinggan pula. Macam mewah sikit lah tapi nasi ambil sendiri self-service. Lauk je diorang bagikan. Zaman tu meja pun siap ada alas lagi tapi budak2 buat lap tangan pula sebab malas nak basuh tangan lepas makan.


Bila dan tingkatan 5, mula boring dengan lauk di Dewan Selera. Mulalah skip breakfast, Lepas tu waktu rehat pergi Koperasi. Cari burger, air kotak, roti dan biskut. Sekarang dah ada mesin jual air pakai duit syiling. Kalau bosan dengan koperasi, pergi cari makan di kafe pula. Lauk sedap-sedap. Dan malam pula bila balik prep, beli burger. Muehehe. Tapi tak juga gemok.



Ikan jaket memang terkenal di MRSM





Itu saja lah yang ingin saya coretkan pagi ini berkenaan life di MRSM atau lebih kepada makan lah. Rasanya kemasukan ke MRSM tak lama lagi ni selepas cuti raya cina kan? oh ye lagi satu, masa Tingkatan 1 dulu, makan ni bayar RM30 sebulan tapi saya tak bayar sebab dapat bantuan. Masa Tingkatan 4 dah naik RM60. Yang latest sekarang ni tak tahu lah berapa.

p/s Saya tulis entri ini atas permintaan

9 Komen:

Mime MF berkata...

haha lawak la...teringat masa dok hostel dulu..situasi mn2 dewan makan asrama mmg cmni kot...haha

Nao Mei berkata...

hahaha..teringat cik akak waktu cik akak sekolah dulu...5 tahun sekolah menengah dok asrama...hihi...soal makan..huhu...memang serius tak sedap...makan ala kadar je..huhu...tapi nak tolak rezeki susah gak kan...makan apa yang ada je

Invisible Me berkata...

Manyak betul. Makan tak pernah kurang ;p Alhamdulillah

aisya berkata...

memang betul punnn.. boleh naik byk2 kilo tuuu.. hehe
bab tukar tender, alahai.. awal2 je lah kenyang perut suka hati.. lama2, hmmm.. phm2 je lah.. hehe

ikhwan yusuff berkata...

mmg bestkan mkn mcm tu..hhiihihi brt bdn mmg naik ler..

Hafiza AizZawa berkata...

betul dan mmg kenyataan.. kelakar la.. mantap la idea awak nie...

Gee Lion berkata...

rindunyer zaman belajar dulu.. paling popular masa sy kat DS dah tntu menu ikan lemas. confirm lengang DS waktu tu.. hehe..

Tazilan berkata...

salam. saya sekeluarga akan hantar anak perempuan kami melaporkan diri ke MRSM Batu pahat pd 5 Mac 2014 ini. Tkasih atas info yg diberikan. sedikit sebanyak sy dapat gambaran keadaan kehidupan di sana.

Tanpa Nama berkata...

sebijik giler life sumer budak mrsm....tak kisah laa dari maktab maner ponnn....

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*