MRSM: Nama Kelas

Atas kiri; Vanda
Atas tengah: Ixora
Atas kanan; Begonia
Bawah kiri; Ipomea
Bawah kanan; Acacia


Satu lagi pertanyaan berkenaan nama kelas MRSM Batu Pahat. Untuk menjawab persoalan ini, masa zaman saya belajar dulu, pada tahun 2007-2011, terdapat lima kelas bagi setiap tingkatan, yang mana bernama Acacia, Begonia, Ipomea, Ixora dan Vanda. Datangnya dari nama-nama saintifik bunga-bungaan. Ada sumber yang mengatakan Acacia ni sejenis pokok jati. *Minta maaf lah saya tak tahu sangat*. Begonia pula sejenis bunga dan begitu juga Ipomea. Ixora pun bunga juga manakala yang saya paling confirm ialah Vanda merupakan sejenis orkid.

Masa Tingkatan 1, kami dikumpulkan di dalam kelas-kelas tersebut berdasarkan nama keluarga angkat kami. Berkenaan keluarga angkat, terdapat 10 keluarga angkat, nama-nama terdiri daripada nama-nama batu. Nama keluarga adalah Ambar, Baiduri, Berlian, Delima, Fairuz, Intan, Mutiara, Nilam, Topaz dan Zamrud. Kelas Acacia menempatkan pelajar dari keluarga @ homeroom Ambar dan Baiduri. Begonia pula menempatkan pelajar dari homeroom Berlian dan Delima dan begitu lah seterusnya. Saya sebagai ahli homeroom Topaz ditempatkan di kelas Vanda.

Masa Tingkatan 2 pula, kami ditempatkan di kelas2 berdasarkan keputusan peperiksaan. Kelas Acacia, Begonia dan Ipomea menempatkan pelajar dari kedudukan 90 tertinggi secara rawak. Manakala kelas Ixora dan Vanda pula menempat pelajar dari kedudukan terendah dan diberikan lebih perhatian rasanya. Masa ni saya ditempatkan di kelas Begonia.

Masa Tingkatan 3 pula, guru-guru bercadang untuk menempatkan 30 pelajar terbaik di kelas terbawah, Vanda. Manakala pelajar2 kedudukan 31 dan seterusnya diletakkan di kelas Acacia, Begonia, Ipomea dan Ixora. Masa ni saya berada di kelas Vanda semula.

Apabila masuk alam menengah atas, kami dilayan seperti pelajar yang baru masuk ke sekolah tersebut. Homeroom saya ditukar kepada Zamrud dan kali ini kami perlu menjalani ujian saringan bagi menentukan kelas. 60 pelajar yang mendapat markah tertinggi diletakkan di kelas Ixora dan Vanda manakala pelajar lain diletakkan secara rawak juga ke kelas Acacia, Begonia dan Ipomea. Buat kali ketiga saya di kelas Vanda.

Dan akhirnya semasa berada di Tingkatan 5, sama seperti semasa Tingkatan 3, 30 pelajar teratas diletakkan di kelas Vanda dan selebihnya diletakkan secara rawak. Sekali lagi saya berada di kelas Vanda.

Kesimpulannya, saya berada di kelas Vanda sepanjang berada di MRSM kecuali semasa Tingkatan 2. Sistem sekarang saya tak tahu, tapi dengar ceritanya mereka adakan floating class. Apa itu floating class? Yang tu kena tanya CIkgu If, guru MRSM Batu Pahat yang sering menulis blog.Boleh baca blog beliau di sini.

Saya tiada sebarang komen terhadap cara guru-guru di MRSM Batu Pahat menempatkan pelajarnya dalam kelas. Kalau tak silap saya floating class tu bermakna guru mempunyai kelas masing2 sementara pelajar pula harus lah bergerak dari kelas ke kelas mencari guru berdasarkan jadual waktu. Contohnya kalau sekarang ni waktu Matematik, dan cikgu Matematik ada di kelas tingkat 3, maka semua belajar kelas 1 Acacia kena pergi ke tingkat 3 untuk belajar di kelas tersebut. Bila waktu Matematik tamat, mereka kena lah bergerak ke kelas lain untuk mata pelajaran lain pula. Paham ke? Hahaha

p/s: Menjawab soalan tak?

3 Komen:

ejulz berkata...

cantik.. :)

Nadratul Syazwana berkata...

Ixora je familiar. Yang lain macam tak pernah dengar je T_T

Invisible Me berkata...

Waktu IM dulu, dari tingkatan 1 smpai 5 asyik ubah saja nama kelas. hihi

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*