MRSM: Pendaftaran Tingkatan 4



Satu lagi entri ditulis khas kerana ada yang bertanya, so kepada mereka yang bertanya, sila baca elok-elok kalau tak paham, komen atau cari saya di Facebook.

Selepas peperiksaan PMR dulu, kami terus ambil ujian UKKM yang membawa maksud Ujian Kemasukan Ke MRSM. Tujuan UKKM ni bagi kami yang memang dah ada dalam MRSM adalah untuk kalau nak pindah ke MRSM Tun Ghafar Baba, Pengkalan Chepa atau Taiping. Lagi satu kalau kitorang tak jawab ujian tu tak boleh sambung Tingkatan 4 di MRSM.

Mereka yang baru nak mendaftar ke MRSM selepas PMR pun kena ambil ujian ni juga. Ujian nya ada 3 kalau tak silap dan semuanya pakai komputer saja. Ada ujian IQ, Matematik dan Sains. Nasihat saya, lakukan latihan Matematik dan Sains tahap PMR atau PBSMR sekarang ni kan yang levelnya agak susah.

Bagi MRSM yang memang hanya ada student Tingkatan 4 dan 5 mungkin tiada masalah bagi pelajar baru untuk bergaul tapi bagi MRSM yang sejak Tingkatan 1, pelajar dari sekolah luar yang baru masuk ni mereka adalah golongan minoriti jadi mereka kena kuat untuk belajar adapt kat tempat baru sebab yang lain semua dah biasa dengan tempat tu.

Sebenarnya budak-budak yang dah lama kat situ diorang biasanya tak sombong pun, diorang ok je, cuma nya diorang dah selesa sementara yang baru ni masih blurr blurr so awal-awal tu macam tak selesa sangat. Lama kelamaan jadi akrab je diorang ni dan pandai cari geng. Takde hal punya.

So kepada mereka yang baru nak masuk MRSM masa Tingkatan 4, belajar lah untuk adapt diri di tempat baru dengan cepat dan jangan berlagak sangat nanti orang benci :)

p/s: Cara paling mudah bekalkan duit saku kepada anak2 di asrama. Baca di sini

3 Komen:

Farah Waheda Wahid berkata...

bagus entri ni sebagai panduan...

Invisible Me berkata...

Macam rindu jaa zaman maresma :p

Gee Lion berkata...

yups, masuk tempat baru kena pandai adapt diri.
jangan takut2.. susah nanti..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*