Selamat Tahun Baru 2014




Akhirnya kita kini sudah pun memulakan 2014. Lama rasanya meninggalkan blog ini sejak sibuk dengan peperiksaan akhir semester tahun lepas jadi sekarang ni nak sambung menulis kembali. Semalam nak terbit post pasal tahun baru tapi terlebih tak sabar nak mulakan tahun baru dengan Wordless Wednesday.

Hari ini nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua orang yang membaca. Apa yang baru pada tahun ini? Saya akan masuk semester baru, tahun pertama semester kedua. Adik kedua pula akan masuk Tingkatan Dua manakala adik yang bongsu akan masuk Darjah Enam, bermakna dia akan menduduki UPSR tahun ini.

Selain itu, makcik saya juga akan memulakan tahun barunya sebagai isteri orang. Selamat Pengantin Baru! Majlis telah selamat dilangsungkan pada 28 dan 29 Disember tahun lalu. Alhamdulillah giliran aunty sudah, nanti ada lah yang menyusul. Hehe. *mood gatal nak kahwin*

Tahun ni saya di Miri akan tinggal di rumah sewa sendiri. Kalau ikutkan nafsu dan keinginan memang nak stay saja Curtin Villa tapi sebab masa nak decide tu duit MARA belum masuk jadi tak ada wang yang mencukupi untuk bayar sewa Curtin Villa maka misi mencari rumah sewa dijalankan.

Jadi tahun ini tak ada lah orang tolong kemas rumah, orang yang kirakan bil elektrik dan bil air, orang yang provide internet access. Huhuhu. Semua kena buat sendiri. Apa nak buat dah nasib badan. Kena lah uruskan semua benda sendiri lepas ni. Rasa-rasanya macam malas nak masak hari-hari.

Bibik di Batu Pahat

Setakat itu sajalah dulu coretan untuk hari ini. Terima kasih kerana membaca bebelan hati. Hahaha.

10 Komen:

QV berkata...

semoga tahun ini akan menjadi lebih baik .

Invisible Me berkata...

Selamat tahun baru. :)

ikhwan yusuff berkata...

selamat tahun baru 2014...

boleh tengok sini:Pahala bershalawat

Nurul Hidayah berkata...

Selamat tahun baru.. nak kawen eaa?? hahaha.. all the best :)

ejulz berkata...

selamat tahun baru.. :)

ejulz berkata...

selamat tahun baru.. :)

Naniey Jemiey berkata...

selamat tahun baru

Khir Khalid berkata...

Selamat tahun baru.. suka gaya kucing tu hehee.. Salam ukhwah 2014.. :)

msredcheesecake berkata...

happy new year...

TelingaBulat berkata...

selamat tahun baru..ambui meeoww tuh jenguk ape tuh..bersungguh2 die hehehe

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*