Susulan Kes Pembunuhan dan Rompak Pelajar Curtin Sarawak



Baru-baru ini berlaku persidangan di rumah mendiang pelajar yang telah mati dibunuh itu. Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin telah pun mencadangkan sekali lagi agar satu balai polis ditubuhkan di Desa Senadin.

“Semalam (Sabtu), saya telah mengemukakan semula cadangan tersebut kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Mun Kock Keong dan beliau bersetuju dengan saya, bahawa perlu bagi sebuah balai polis dibina di Desa Senadin,” katanya.

Memang wajar tindakan ini sebab di kawasan itu terdapatnya Curtin University Sarawak yang menempatkan palajar dari serata dunia dan juga sebuah sekolah antarabangsa Tenby International School. Memang banyak kes yang berlaku di kawasan ini mungkin kerana ibu pejabat polis terlalu jauh.

Sebenarnya ada polis peronda yang kerap round area ini dan saya juga ada seorang kenalan polis yang kerap meronda di situ. Tapi rupa-rupanya meronda ni tak memadai bagi bandar yang sedang membangun ini maka balai polis akan ditubuhkan. Yahoo!

ADUN Senadin juga nak satu pasukan ditubuhkan dengan kerjasama polis, RELA, Rukun Tetangga yang turut akan dibantu oleh Pasukan Keselamatan Curtin University untuk membantu mengawal keadaan.

Lee yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan Curtin Sarawak, memberitahu untuk sementara waktu sebuah pasukan bertindak perlu ditubuhkan terdiri daripada anggota polis, RELA dan Rukun Tetangga (RT) bagi melakukan rondaan dan meningkatkan tahap keselamatan sedia ada.

Pasukan berkenaan kelak akan dibantu oleh Lembaga Keselamatan Curtin.

“Ini kerana perkara paling penting di sini ialah menjejaki dan memburu penjenayah terbabit dan juga memeriksa kawasan di sini, bagi mencari mereka yang bertanggung jawab bukan sahaja dalam kes pembunuhan ini malah dalam kes-kes jenayah lain khususnya membabitkan pecah rumah,” ujarnya.


Saya telah pun menerima emel dari pihak Curtin bagi memaklumkan kejadian ini dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil membuat laporan berkenaan kes yang baru saja berlaku ini. 

p/s: Semoga dengan apa yang telah berlaku, semua pihak lebih berhati-hati kerana malang tidak berbau. Kat mana-mana pun boleh berlaku. 


7 Komen:

aisya berkata...

Mmg perlu sangat lah balai polis.. Patutnya since kes2 yg lepas lg patut letak satu balai polis kt situ. huhu

cik kiera berkata...

Gulp, bila baca benda teringat pada rumah jiran yang pernah kena rompak baru-baru ini. hmmm . pembunuhan dan rompakan semakin berleluasa sekarang yee ? :/

Khir Khalid berkata...

Mudah2an selamat & tiada apa yg lebih memburukkan berlaku.. aamiin..

||aLeaSaRa|| berkata...

samalah jugak area universiti swasta kat nilai.banyak kes.polis tak menang tangan.memang patutlah dibuka cepat balai polis huhu

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

kena berhati-hati sekarang ni.. memang elok letakkan balai polis..

ANAK ITIK berkata...

Hm, betul tu.. Tak menang tangan nak atasi kes-kes jenayah ni, berlambak =/

tenku butang berkata...

hemm.. takut nak tido kalau macam ni..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*