Cara Letak Iklan Nuffnang




Baru-baru ini saya menerima komen dari +tenku butang berkenaan cara saya letak iklan Nuffnang di blog saya.


Maka pada hari ini saya ingin kongsikan cara saya letak iklan pada ketiga-tiga tempat. Sebelum itu saya nak nyatakan, sumber asal adalah dari Nuffnang sendiri sebenarnya cuma untuk iklan pada sidebar yang static tu ada sedikit penambahan dibuat.

A. CARA NAK CARI KOD NUFFNANG

Ok mula-mula kita kena ambil tahu dulu macam mana nak dapatkan kod html bagi iklan Nuffnang ni. Ada 3 jenis iklan, Leaderboard yang duduk kat atas sekali, Large Rectangle berada di bawah entri dan Skycraper di sidebar blog.


1. Mula-mula mestilah kena log in ke Nuffnang kan kan? Layari http://www.nuffnang.com.my/ dan klik pada "Log In"

  

2. Selepas log in, klik pada bahagian "Manage my blog"





3. Seterusnya klik pada mana-mana link "large rec", "leaderboard" atau skycraper sebab ketiga-tiga link ini akan membawa anda ke laman yang sama.





4. Untuk mendapatkan kod html bagi iklan Nuffnang, klik pada kod pilihan anda dan kot akan kelihatan seperti yang saya tunjukkan di bawah ini



Selesai satu cerita. Sekarang mari kita go through cara letak iklan Nuffnang pula. Kalau korang memang dah tahu mana nak cari kod Nuffnang so kita boleh terus skip ke bahagian B di mana kita akan go through macam mana nak letak iklan ni di blog. Ketiga-tiga jenis iklan ni ada cara-cara tersendiri untuk diletakkan di blog.


B. CARA MELETAKKAN IKLAN NUFFNANG PADA BLOG


a. LEADERBOARD (ATAS SEKALI)

1. Log masuk ke blogger.com dan klik pada "template"

2. Klik pada "edit HTML"


3. Klik pada tulisan yang banyak-banyak tu di mana-mana saja lepas tu tekan "ctrl" dan "F" di keyboard berdekatan. Ihiks. Nanti akan keluar satu kotak search pada sudut kanan atas seperti saya tunjukkan di bawah ni.


4. Search kat kotak tu perkataan "<body>" lepas tu letakkan kod iklan nuffnang leaderboard di atas perkataan "<body>" tu
klik gambar untuk tumbesaran
5. Boleh save template dan view blog untuk cek hasilnya.

b. LARGE REC (BAWAH ENTRI)

1. Log masuk ke blogger.com dan klik pada "template"

2. Klik pada "edit HTML"
3. Klik pada tulisan yang banyak-banyak tu di mana-mana saja lepas tu tekan "ctrl" dan "F" di keyboard berdekatan. Nanti akan keluar satu kotak search pada sudut kanan atas seperti saya tunjukkan di bawah ni.
4. Kali ini kita search pekataan </b>includeable> pula dan letakkan kod nuffnang juga di atas perkataan </b:includeable>
5. Save template dan lihat hasil.
c. SKYCRAPER (TEPI SIDEBAR)

1. Seperti biasa, log masuk ke blogger.com tapi kali ini tekan pada "layout pula.
2. Klik pada "add a gadget"
3. Pilih "HTML/Javascript"
4. Letakkan kod Nuffnang pada ruangan HTML tersebut dan klik save. "Save template" dan "preview" atau "view blog" untuk lihat hasilnya.

TAMBAHAN: Untuk buat iklan Nuffnang di sidebar berada dalam keadaan static, maksudnya tak hilang walaupun kita skrol ke bawah, tambahkan kod di bawah ni:

<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;'> KOD NUFFNANG DI SINI </div>
Memandangkan ini merupakan tutorial pertama saya, jadi saya nak minta maaf especially kepada +tenku butang kalau benda ni semua confusing. Saya dah cuba sehabis baik untuk menyampaikan ilmu ni kepada para pembaca sekalian. In shaa Allah korang dapat apa yang saya cuba sampaikan. Hee

Selamat mencuba :) 


11 Komen:

Wafi Remli berkata...

Eh, dah tukar template ek? Tak perasan la pulak...Saya pun baru tukar gak...siap ngan header skali tukar!

Sis Vee berkata...

cerewet nak buat tuto nih ...

Wafa Cw berkata...

waaa.. detail... good tutorial :D

Gee Lion berkata...

terima kasih atas tutorial yg diberi.
tapi saya tak letak pun.
mungkin satu hari nanti.
inshaaAllah.. =)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) berkata...

bagus tutorial meletak iklan nuffannag ini.. :D

diana berkata...

sebenarnya kat nuffnang tu pun ada dah di tunjuk kan cara nya..cuma mungkin ramai yang tak perasan dan agak rumit sikit

G-da Lynnda berkata...

Salam..nak tanya...macam mana nak dapatkan background yang cantik?

Bazlia Amoza berkata...

tq dear...membantu sgt

http://ailzab.blogspot.com

Hadisah Ghani berkata...

Assalam...tqvm moga dapat bantu akak untuk berblog!

Sha Salleh berkata...

thanks utk info ni, tapi saya dah try masih tak jadi-jadi selepas tukar template iklan nuffnang hilang. dah buat banyak kali still pending tak jumpa penyelesaiannya. sudi bantu tak :(

dari, blog irsya

Etuza Etuza berkata...

asalam kenal blog

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen :)

/
Blogger Widgets

Terima kasih sudi singgah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© 2009 | My Mini Self | Por *Templates para VOCÊ*